• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adrian Pemilik Pertama Civic Type R Baharu Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONDA Malaysia telah menyerahkan hero terbaharu mereka, model hot hatch Civic Type R baharu kepada pemilik pertamanya di Malaysia, En. Adrian Salleh Hashim dalam satu majlis yang berlangsung di Botanic Auto Mall Sdn. Bhd hari ini. Model terpantas yang pernah dijual oleh Honda di Malaysia ini sangat unik dengan plet nombor siri khas diletakkan pada konsol tengah yang menyerlahkan ciri ekslusifnya.

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, En. Akkbar Danial berkata, Civic Type R baharu lebih menyerlah berbanding pesaingnya dan memberikan prestasi di litar untuk pemanduan harian. Syarikat juga untuk memastikan kesemua barisan model Honda memberikan kegembiraan memandu untuk para pelanggan dengan ciri unik termaju. Tambah Akkbar lagi, Honda gembira untuk mengumumkan En. Adrian Salleh merupakan salah seorang daripada pelanggan pertama yang ditemuramah untuk mendapatkan maklum balas mengenai model Civic Type R (FD2R) pada 2007.

Minat beliau pada jenama Type R telah dibuktikan pada hari ini dan menjadi pemilik pertama Civic Type R baharu.


Pada 2007, Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang memperkenalkan FD2R dan Honda Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 420 unit FD2R antara 2007 hingga 2011. Sejak pelancaran Civic Type R baharu pada November lalu, model ini telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia. Honda Malaysia telah menerima sebanyak 70 tempahan Civic Type R baharu hingga setakat ini, sejak tempahannya dibuka pada 1 Oktober 2017.

En. Adrian Salleh yang juga merupakan pelanggan tetap Honda di Botanic Auto Mall turut diberikan barangan cenderahati Honda yang istimewa, sebuah kamera GoPro HERO 5 dan Honda Ultra Glass Body Coating with Ultra Window Coating yang bernilai RM5,300 sebagai tanda penghargaan daripada Honda Malaysia.

Civic Type R baharu diimport sepenuhnya ditawarkan pada harga RM320,000 atas jalan tidak termasuk insurans.

Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana antara 20 cawangan Honda Sport Dealer untuk melihat model tersebut dan membuat tempahan. Sport Dealer adalah pegedar sah yang dilantik oleh Honda yang menjual Civic Type R di Malaysia. – funtasticko.net

Tags: Hondatype r
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd