• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teknologi Digital Perlu Dimanfaatkan Secara Strategik

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Teknologi dan data digital mesti digunakan secara strategik untuk mencapai pertumbuhan inklusif dan mampan untuk digunakan oleh orang ramai.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata penggiat industri juga perlu meneliti bagaimana teknologi digital boleh digunakan dalam Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan melaksanakan program tindakan dalam tahun-tahun terakhir menjelang 2020.

“Di samping itu, pemimpin kerajaan juga perlu membuat anjakan dengan menggabungkan amalan pengurusan bakat dengan kecekapan digital semasa dan masa hadapan untuk memastikan rasionalisasi yang lebih baik ke atas produktiviti dan prestasi,” katanya dalam ucapan perasmian pada Konvensyen Pemimpin MyDigital 2017 di sini hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Lee Chee Leong.

Beliau berkata semua ketua pegawai maklumat dan perwakilan yang hadir pada konvensyen itu mesti berkongsi pandangan serta maklumat yang diiperoleh ini untuk memacu Pelan Strategik ICT ke arah inovasi baharu dan distruktif dalam Penyampaian Kerajaan Digital.

“Bagi sektor awam, penerapan teknologi digital seperti awan, mobiliti, media sosial, Internet untuk segala-galanya (IoT) dan analitis Data Raya, berpotensi besar dalam penerapan nilai perkhidmatan awam di semua peringkat, selain untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Kita mesti meningkatkan perkhidmatan supaya lebih ‘berpusatkan rakyat’ dengan prosedur yang lebih mudah, menjadikan agensi-agensi kerajaan sebagai fasilitator perkhidmatan, selain menambah baik interaktiviti serta penyertaan.

“Walaupun kemajuan besar telah dicapai, kita perlu memperakui bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan, jika mahu merealisasikan manfaat Kerajaan Digital sepenuhnya,” katanya.

Konvensyen Pemimpin MyDigital selama sehari itu, dianjurkan oleh Kementerian Kewangan. – BERNAMA

Tags: Datuk Johari Abdul Ghani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perjanjian ART Malaysia-AS Batal: PN Desak Penjelasan Kerajaan

Perjanjian ART Malaysia-AS Batal: PN Desak Penjelasan Kerajaan

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul...

Pelantikan Rafizi Selaras Sumbangan Kepada Parti

01/01/2019
0

ALOR SETAR - Pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR adalah wajar dan selaras dengan sumbangannya kepada parti selama ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd