• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Sembunyi Nikah, Ini Jawapan Fattah Amin

oleh
29/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH belum habis lagi nampaknya fenomena Fattzura apabila dilihat ada lagi pihak yang belum ‘move on’ dengan berita pernikahan pasangan ini.

BACA : Tahniah! Fattah, Fazura Sudah Sah Nikah

Hanya kerana merahsiakan majlis pernikahan pada Isnin lalu,pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin didakwa seolah-olah mempermainkan pihak media.

Susulan perkara itu, pelakon berkenaan telah tampil memberi jawapan mengapa dia berbuat sedemikian.

Menurut Fattah, dia merahsiakan majlis perkahwinan dengan aktress jelita, Nur Fazura atas permintaan keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

“Jodoh adalah rahsia Allah, kita sudah rancang yang terbaik. Semua yang berlaku ada sebab tersendiri.

“Semua ini adalah atas permintaan keluarga yang saya perlu hormati. Kami sudah setuju untuk tidak berkongsi perkara peribadi dan apa yang kami nak kongsi, sudah pun kongsikan,” ujarnya memetik Harian Metro.

Jelasnya lagi, dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa berbuat demikian sekaligus menafikan bersikap ‘pilih bulu’ seperti mana yang didakwa oleh segelintir pihak.

“Setahu saya, gambar dan siaran akhbar pernikahan kami diberikan kepada semua media. Hal itu kena tanya pihak pengurusan kerana Universal Music yang mengeluarkan siaran akhbar kepada media.

“Memang kami sudah merancang untuk membuat majlis pernikahan tertutup. Sewaktu sidang media sebelum ini, saya sudah menjelaskan akan membuat dua resepsi berbeza untuk media, keluarga rapat dan peminat.

“Jadi saya rasa tiada isu kami enggan menjemput media,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah turut berkata dia dinikahkan oleh abang Fazura sendiri bersaksikan beberapa orang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (Jawi) yang tidak didedahkan identitinya.

Bukan itu sahaja, pelakon ini  turut menjelaskan bahawa pernikahan mereka sememangnya mengikut peraturan yang ditetapkan dan tiada sebarang layanan istimewa yang diberikan.

“Alhamdulillah seperti kenyataan daripada Jawi, semua berjalan ikut proses yang betul dan saya dinikahkan oleh abang Fazura.

“Majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kami,” ujarnya memetik mStar Online.

BACA : “Fattzura Ikut Prosedur, Tiada Layanan Istimewa”

Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat di ijabkabul dengan sekali lafaz pada 27 November lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Hotel Riz Carlton, Kuala Lumpur.

Pasangan ini dikatakan bakal mengadakan dua majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan tersebut sekitar awal tahun hadapan.– MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Fattah AminfattzurafazuraNur Fazura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd