• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kesihatan Kelantan Proaktif Tangani Masalah Kesihatan

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Kelantan mengambil langkah proaktif melalui pelbagai tindakan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dilaksanakan seperti biasa kepada masyarakat ketika musim tengkujuh.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata antara tindakan itu termasuk memindahkan operasi Klinik Kesihatan Rantau Panjang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di Pasir Mas.

“Sebagai langkah berjaga-jaga kita pindahkan operasi klinik tersebut beberapa hari lepas kerana kawasan tersebut berisiko dinaiki air selepas paras Sungai Golok melepasi paras bahaya.

“Kita juga sedang melakukan pemantauan ke seluruh negeri ini terutama yang dilaporkan dinaiki air untuk mengambil tindakan sama jika keadaan memerlukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata pihaknya turut memindahkan beberapa pesakit yang memerlukan rawatan dialisis termasuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Mahligai, Melor ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini, sejak dua hari lepas bagi memastikan rawatan berjalan lancar.

Beliau berkata semua pasukan perubatan dan kesihatan diarahkan bersiap sedia di kawasan masing-masing terutama di pusat pemindahan banjir.

“Lawatan secara berkala dilakukan di pusat pemindahan sementara bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada mangsa banjir termasuk memastikan bekalan ubat pesakit kronik mencukupi,” katanya.

Dr Ahmad Razin berkata pasukan kesihatan akan bertindak menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit melalui pemantauan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Katanya setakat ini tiada penyakit berjangkit bawaan air yang dikesan dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat berjalan lancar.

Dr Ahmad Razin turut menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir dan golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan pesakit kronik dapat menjaga kesihatan dengan betul dengan memastikan bekalan ubat mencukupi selain menjaga kebersihan. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Denda RM10,000 Ingkar Zon Larangan Merokok

12/02/2018
0

KOTA BHARU - Tindakan tegas termasuk denda sehingga RM10,000 menanti individu yang didapati bersalah merokok di zon larangan merokok seperti...

10% Warga Kesihatan Berisiko Alami Masalah Kesihatan Mental

27/12/2017
0

KOTA BHARU - Sebanyak 10 peratus daripada 14,000 warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang menjalani saringan Simptom Kemurungan, Keresahan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd