• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Elyana Wanita Tabah, Inspirasi Untuk Kita Semua”

oleh
28/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK Ahad lalu, industri hiburan digemparkan dengan berita pengakuan penyanyi Elyana selepas tersingkir pada konsert minggu kelima dalam program Gegar Vaganza 4, yang dikatakan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Setiap hari, ada sahaja doa yang ditujukan kepadanya tidak kira daripada rakan artis mahupun peminat sendiri.

BACA: Tersingkir Gegar Vaganza, Elyana Umum Hidap Kanser

LAGI: Rakan Artis Lega Tidak Perlu Sorok Rahsia Elyana

Bagi rakan seperjuangannya, Siti Nordiana atau dikenali sebagai Nana, dia menyifatkan bahawa Elyana merupakan wanita yang sangat tabah dan telah menjadi inspirasi buat semua orang.

Nana dan Elyana merupakan artis yang bernaung dibawah label yang sama iaitu FMC.

Mereka berdua telah memulakan langkah dalam bidang seni sejak sekian lama dan tidak menyangka bahawa rakannya itu dipilih oleh Mana Pencipta untuk menerima ujian seberat itu.

“Allah tidak akan menguji seseorang dengan perkara di luar kemampuan hamba-Nya. Jadi, bagi saya Elyana memang antara insan yang dipilih oleh-Nya. Dia seorang yang amat cekal untuk mendepani ujian berkenaan, justeru mampu menjadi sumber inspirasi dan kekuatan buat semua orang, termasuk saya sendiri.

“Jika orang lain yang berada di tempatnya, mungkin mereka akan mudah berasa lemah dan tertekan, namun Elyana masih boleh tersenyum. Pengumuman dibuatnya malam tadi cukup besar hingga membuatkan kita semua tersentak. Namun dia masih boleh melakukannya dengan tabah,” kata Nana.

Bagi Nana, jika ujian itu diberikan kepadanya, dia sendiri tidak tahu sama ada dia mampu untuk menhadapi ujian yang seberat itu ataupun tidak.

Tambah penyanyi lagu Terus Mencintai itu, dia kagum dengan sifat Elyana yang tetap ceria dan langsung tidak menunjukkan kesedihan seolah-olah dia redha dengan apa yang terjadi.

“Kalau kita, sakit sedikit pun sudah mengeluh, namun dia melaluinya seperti tiada apa yang berlaku. Kenapa kita tidak boleh menjadi sepertinya? Elyana sememangnya menjadi inspirasi untuk semua orang,” tambah Nana yang kini berusia 33 tahun.

Dalam masa yang sama, Nana memberitahu bahawa sebelum ini, dia pernah mendengar berita yang sama berkaitan penyakit barah yang dihidapi oleh Elyana sekitar empat atau lima tahun lalu.

Namun Nana mengambil langkah utnuk tidak bertanyaakan mengenai perkara tersebut kepada tuan empunya badan kerana bimbang perkara itu akan menyinggung perasannya.

“Kita sendiri tidak pasti apakah ia sesuatu yang sensitif untuk ditanyakan, jadi apabila bertemu, saya cuma bersembang mengenai perkara positif dengannya. Lagipun dia selalu menunjukkan sikap cerita, yang membuatkan kita ragu-ragu apakah dirinya sedang menderita?” ujarnya lagi.

Selain daripada Nana, beberapa lagi rakan artis yang merupakan sahabat baik Elyana iaitu Anne Ngasri dan Anita Baharom turut mendoakan kesihatan penyanyi lagu Kalis Rindu itu.

Sesungguhnya apa yang sedang dihadapi oleh Elyana ini merupakan satu ujian buatnya. Kita sebagai peminat mahupun orang luar, jangan sesekali mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris hatinya.

Lagi-lagi kini Elyana perlu menjaga anaknya iaitu Cinta Sumayyah yang kini berusia tujuh tahun. Semoga kecekalan Elyana ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua. -MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: Elyanakanser limfoma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dibelasah Kumpulan Remaja Baru Bebas Kanser Limfoma

Pelajar Dibelasah Kumpulan Remaja Baru Bebas Kanser Limfoma

16/08/2023
0

ULU TIRAM : Pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang menjadi mangsa buli sekumpulan remaja, masih trauma dengan kejadian menimpanya. (Ada rancangan...

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

20/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Remaja Austisme yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu, ditemui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd