• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Kerja Pembalakan Di Merapoh – JAS

oleh Ahmad Albab
27/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengeluarkan notis arahan bagi menghentikan kerja-kerja pembalakan di Mukim Batu Yon, Merapoh, Kuala Lipis dekat sini.

Pengarahnya Rosli Zul berkata notis itu dikeluarkan pada 15 November lalu kepada sebuah syarikat swasta yang mendapat kelulusan daripada pemilik tanah untuk melakukan kerja pembalakan itu.

“Kami memberi tempoh selama dua minggu untuk syarikat itu menghentikan kerja tersebut dan memulakan proses pemulihan ke atas tanah berkenaan.

“Bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang jawapan daripada syarikat itu dan akan melakukan tindakan susulan pada minggu ini,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Rosli menambah pegawainya juga akan terus memantau dan meninjau keadaan hutan itu bagi memastikan tiada pencemaran atau aktiviti pembalakan diteruskan.

Isu pembalakan di Merapoh menjadi topik utama sejak hujung bulan lalu selepas Pengasas Pertubuhan Save Merapoh Cave Mohd Laili Basir mendakwa aktiviti itu menjejaskan khazanah alam dan mencemarkan sungai yang menjadi punca air kepada 10,000 orang dari lapan kampung di situ.

Mohd Laili mendakwa hutan yang bersempadan dengan Kelantan itu juga terkenal dengan ekopelancongan kerana terdapat Gua Hari Malaysia, iaitu gua batu kapur kedua tercantik di Malaysia yang dianggarkan berusia antara 230 hingga 350 juta tahun.

Kempen yang dijalankan Mohd Laili bukan sahaja mendapat perhatian Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), tetapi juga mendapat solidariti masyarakat antarabangsa di laman sosial dengan menggunakan tanda pagar #savemerapoh.

Jabatan Perhutanan Pahang pula dalam reaksinya pula mengesahkan bahawa pembalakan itu tidak melibatkan hutan simpan Merapoh, sebaliknya berlaku di tanah milik syarikat kemajuan pertanian. – BERNAMA

Tags: #SaveMerapohJAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

19/02/2023
0

MELAKA: Pencemaran Sungai Lereh yang berlaku semalam dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan aktiviti penternakan lembu dan kambing. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd