• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Rumitkan Lagi Keadaan” – Janna Nick

oleh AK-47
26/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DRAMA adaptasi K-Drama Coffee Prince sebelum ini menjadi topik perbualan hangat netizen walaupun belum lagi ditayangkan di televisyen.

Proses pengambaran drama bersiri itu juga tidak terlepas daripada berita-berita tular, seperti babak ‘bercium’ antara teraju utamanya iaitu Janna Nick dan Fattah Amin.

Kedua-dua rakan baik itu menafikan mereka bercium dan gosip itu pun berlalu begitu sahaja, namun dengar-dengarnya berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mengakui tentang berita itu. Katanya perselisihan faham yang timbul berlaku ketika pengambaran drama arahan Michael Ang tersebut.

“Biasalah, apabila kita sudah bekerja hingga ke lewat pagi, badan pun sudah penat, jadi timbul sedikit salah faham antara saya dengan Fattah. Namun kami sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikan kekeliruan itu,” katanya dipetik BH Online.

Namun, pelakon 22 tahun ini menjelaskan salah faham itu sudah diselesaikan dengan baik antara kedua-dua belah pihak.

Janna turut berharap agar pihak yang tidak berada di tempat kejadian semasa perselisihan faham itu timbul tidak melaga-lagakan mereka dengan menokok tambah cerita yang akan memburukkan lagi keadaan.

“Saya berharap mereka di luar sana yang tidak berada di tempat kejadian usah merumitkan lagi keadaan kerana kami berdua duduk membincangkan perkara ini secara matang.

“Lagipun, masih banyak kerja yang perlu kami lakukan bersama. Saya sendiri tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini,” ujarnya.

Betul juga kata Janna itu. Mereka berdua bukan hanya bergandingan dalam drama tersebut, sebaliknya turut terlibat dalam acara Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Jadi, seeloknya perkara yang berlaku diselesaikan dengan baik dan secepat mungkin supaya kedua-duanya boleh fokus dengan kerjaya masing-masing.

Selain Janna dan Fattah, drama Coffee Prince versi Malaysia ini dibarisi pelakon popular seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Drama tersebut akan ditayangkan bermula 27 November pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. – MYNEWSHUB.CC/SA

Video sekadar hiasan…

Tags: Fattah AminJanna NickMY Coffee Prince
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd