• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Sarafudin Badlishah Dimasyhur Raja Muda Kedah

oleh AK-47
26/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR- Anakanda Sultan Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, hari ini dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah yang ke-20.

Pemasyhuran disempurnakan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, sempena istiadat yang berlangsung di Istana Anak Bukit, di sini.

Terdahulu, pemasyhuran pelantikan Tengku Sarafudin Badlishah dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, diikuti lafaz sumpah dan menandatangani watikah sumpah Raja Muda Kedah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hashim Hamzah dan Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Abd Rahman Abdullah, menandatangani Watikah Sumpah Raja Muda Kedah sebagai saksi.

Ia kemudian disusuli pengurniaan Keris Kebesaran kepada Tengku Sarafudin Badlishah oleh Sultan Sallehuddin.

Kemudiannya, nobat dipalu dan sembilan das tembakan meriam diadakan.

Sempena istiadat sama, turut diadakan pengisytiharan pelantikan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Yang turut berangkat pada istiadat itu, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah bagi menggantikan ayahandanya yang dilantik sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada September lalu.

Tengku Sarafudin Badlishah, 50, ialah anakanda sulung Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tunku Ariff.

Tengku Sarafuddin Badlishah mendirikan rumahtangga dengan Raja Puan Muda Kedah, Zaheeda Mohamad Ariff dan mempunyai dua cahaya mata.-BH ONLINE

Tags: PemahsyuranRaja Muda Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tan Sri Tunku Sallehuddin Dimasyhur Raja Muda Kedah

15/12/2016
0

ALOR SETAR - Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah dalam majlis penuh istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd