• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Eksport Durian Segar Dijangka Selesai

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjangkakan proses permohonan untuk mengeskport durian segar berkulit ke China selesai dalam tempoh setahun.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya tidak mahu permohonan itu mengambil masa yang lama seperti kebenaran akses pasaran buah nangka yang mengambil masa 12 tahun untuk diperoleh.

Ini kerana, katanya durian Malaysia khususnya Musang King mempunyai permintaan yang amat memberangsangkan daripada penduduk China berdasarkan sambutan pada Festival Durian Malaysia di Nanning awal bulan ini.

“Buat masa ini, kita mendapat kebenaran untuk mengeksport durian separa proses seperti pes, isi durian dan produk-produk yang berasaskan durian seperti kopi, teh dan kuih bulan, namun buah durian segar menimbulkan kebimbangan di pihak sana,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa Malaysia 2017 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong.

Beliau menjelaskan antara kebimbangan China dalam pengeksportan buah durian segar ialah tahap kawalan keselamatan makanan memandangkan sifat durian Malaysia yang gugur sendiri berbanding durian di negara lain yang dipetik.

“Kerisauan mereka ialah buah itu menyentuh tanah dan mungkin terkena makhluk perosak atau sebagainya… sedangkan durian yang luruh itu lebih bagus dan lebih harum aromanya dan membezakannya daripada durian negara lain.

“Ini antara perkara yang perlu dibaiki sebelum kebenaran pasaran diperoleh… kita harap permohonan ini boleh dipercepatkan dengan bantuan pihak kedutaan termasuk kedutaan kita di sana,” katanya.

Ahmad Shabery menambah pengusaha durian juga boleh memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh sesetengah pekebun di Raub dan Bentong yang menggunakan jaring atau mengikat durian bagi mengelakkan buah itu terkena tanah.

Walaupun perkara itu kelihatan rumit dan menambah modal, pengusaha durian seharusnya melihat pada aspek buah berkenaan lebih mudah untuk menembusi pasaran antarabangsa, katanya.

“Kita juga tidak boleh melihat kawalan atau prosedur ketat yang ditetapkan oleh China sebagai perkara yang meresahkan kita kerana ia sebenarnya memudahkan kita untuk menembusi pasaran negara lain, jika prosedur operasi standard itu boleh dipatuhi,” katanya.

Ahmad Shabery juga menyifatkan sekarang adalah masa terbaik untuk menanam durian kerana nilai raja buah itu dijangka terus meningkat dan ia memerlukan tempoh sehingga lima tahun untuk mengeluarkan hasil. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd