• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 6 Pejuang Zaman Jepun Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Jenazah enam pejuang bangsa yang mati dibunuh tentera Jepun 72 tahun lalu dan disemadikan di Kampung Kijang, Pantai Semut Api, Kota Baharu, Kelantan, selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Alur Belangga, Alur Keladi, Hulu Besut pada 2.30 petang ini.

Jenazah berkenaan ialah Penggawa Lubuk Kawah, Wan Embong Wan Zainal dan empat ketua kampung, iaitu Karim Abd Samad (Ketua Kampung Lepang Kejur), Husain Abdullah (Ketua Kampung Dengir), Othman Mamat (Ketua Kampung Bekok), Ismail Ahmad (Ketua Kampung Teluk) dan adiknya, Yatim Ahmad (Imam Surau Kampung Teluk).

Setibanya di Masjid Alur Keladi pada 1.15 tengah hari, jenazah kemudiannya telah dimandi dan dikapankan sebelum disembahyang oleh kira-kira 200 penduduk tempatan.

Pengerusi Program Pengkebumian Semula Jenazah (PENSEJAHTERA) Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah yang merupakan cucu kepada Wan Embong, mengimamkan solat jenazah berkenaan.

Wan Hassan Wan Jusoh, 77, yang juga cucu kepada Wan Embong, ketika ditemui di majlis itu melahirkan rasa syukur kerana hajat keluarga mereka untuk membawa balik jenazah pejuang yang telah terkorban termasuk datuknya berjaya dilakukan.

“Mujurlah dengan bantuan anak saudara, Ismail Kandis yang melihat sendiri peristiwa itu dari atas sebatang pokok kelapa pada ketika itu, kami berjaya menemukan tempat di mana datuk saya dan pejuang-pejuang itu ditanam dalam lubang di Kampung Kijang,“ katanya. – BERNAMA

Tags: pejuang zaman Jepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd