• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama 2 Kementerian Tangani Obesiti Pelajar

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam menyediakan modul latihan bagi mengawal masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata modul latihan tersebut turut menjadi garis panduan kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mengenai pengetahuan pemakanan supaya mereka boleh melaksanakan aktiviti pengawalan pemakanan murid.

Katanya, kini hampir setiap sekolah mempunyai seorang guru yang memantau tahap kecergasan murid dengan pelbagai latihan dan pendidikan secara berterusan bagi menangani masalah obesiti.

“Kementerian sentiasa mengambil berat status pemakanan murid di sekolah dengan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk memberikan maklumat mengenai makanan yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2017 di sini, hari ini.

Sselain itu, katanya, inisiatif Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) turut diperkenalkan di semua sekolah selain program Cara Hidup Anda Terbaik (C-HAT) pula diketengahkan dalam kalangan ibu bapa bagi memberi pendedahan mengenai masalah obesiti melibatkan golongan pelajar.

Dr Subramaniam kedua-dua kementerian itu mengetengahkan program ‘Doktor Muda’ dalam kalangan pelajar untuk memberi kesedaran kepada murid mengenai kepentingan amalan diet seimbang.

Katanya, pemantauan yang dijalankan oleh kementeriannya melalui Pasukan Kesihatan Sekolah mendapati pada suku tahun pertama tahun ini seramai 7,278 murid tahun enam di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata konsep persidangan pada tahun ini yang bertemakan ‘Berhemah dan Berintegriti’ itu perlu dibudayakan dan dimantapkan daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat pengurusan.

Katanya, tugasan seharian yang dilaksanakan oleh warga pengurusan kementerian berlandaskan integriti, boleh dipercayai dan mempunyai tahap etika tinggi mencerminkan profesionalisme yang perlu di dokong oleh semua warga pengurusan. – BERNAMA

Tags: obesiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

03/08/2024
0

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan...

Bomba Selamatkan Lelaki Obesiti Terperangkap Banjir

Bomba Selamatkan Lelaki Obesiti Terperangkap Banjir

23/07/2022
0

SEREMBAN : Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban di sini membantu memindahkan seorang lelaki obesiti berusia 40-an...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd