• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baling Bom Petrol, Tukang Paip Dipenjara 6 Tahun

oleh AK-47
25/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang tukang paip dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana membaling botol berisi minyak petrol ke sebuah garaj kereta hingga terbakar, minggu lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhi hukuman itu terhadap Leong Kwang On, 30, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Leong didapati melakukan khianat dengan membaling sebuah botol berisi minyak petrol dengan niat untuk membinasakan rumah milik Cheah Chee Meng, 46, hingga menyebabkan bahagian garaj kereta rumah lelaki itu terbakar.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mokhzani menegur tertuduh bahawa perbuatannya itu jika ia tidak disedari boleh membawa musibah. Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 20 Nov lalu.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan USJ 6/6, Subang Jaya, di sini, pada 10.55 malam, 19 November mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V. V. Suloshani memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor jenayah khianat menggunakan api merupakan jenayah serius.

“Selain itu, tertuduh juga mempunyai rekod lampau berhubung kes dadah,” katanya.

Bagaimanapun, Leong yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dengan perbuatan tersebut dan tidak berniat untuk mencederakan sesiapa.

“Saya melakukan perbuatan tersebut atas dorongan kawan dan bertujuan untuk menakutkan mangsa sahaja,” kata lelaki itu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa sedang berada di rumah bersama keluarganya sebelum terdengar bunyi kaca pecah di bahagian halaman rumah berserta api dan dia segera memadamkannya.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa mendapati seorang lelaki telah membaling sebuah botol berisi minyak petrol ke arah garaj rumahnya dan melarikan diri menggunakan kereta.

Pihak polis mengesan kereta tertuduh namun tertuduh cuba melarikan diri dan diburu oleh pihak polis sebelum dia berjaya ditangkap dan menemui sebuah botol arak berisi minyak petrol, sumbu kain merah di muncung botol dan sebotol minyak petrol di bawah tempat duduk penumpang kenderaannya. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd