• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Sepang, Kuala Langat Minggu Depan

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 28 Nov (Selasa) dan 29 Nov (Rabu).

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini nya berkata gangguan bekalan air selama 21 jam itu dijadualkan bermula pukul 8 malam, Selasa hingga 5 petang keesokannya berikutan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di kolam air Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan terlibat,” katanya.

Antara kawasan yang terjejas di Sepang ialah Pekan Dengkil, Taman Mesra Dengkil, Pusat Perdagangan Deluxe, Dengkil, Mahkamah Sepang, Mahkamah Syariah Bandar Baru Salak Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, Taman Salak Perdana, Ladang Teluk Merbau dan Kampung Sepang Kecil.

Di Kuala Langat, antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Tali Air, Taman Kanchong Laut, Taman Pelangi, Taman Desa Permatang Jaya, Ladang Bedford, Taman D’Menara, Kampung Batu Laut, Ladang Batu, Taman Langat Utama, Taman Sri Sawah, Kampung Chodoi dan Jalan Raba Banting.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh merujuk laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk sebarang maklumat. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd