• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak Duta Jue Dibatalkan, Suami Turut Kena Tempias

oleh
24/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tak terkilan apabila dah sign kontrak untuk jadi duta, tapi tiba-tiba kontrak pula dibatalkan? Selalu kes macam ni pasti akan terjadi kepada golongan selebriti.

Kini pelakon cantik jelita, Jue Aziz dikatakan sangat terkilan dengan sebuah syarikat kecantikan apabila kontraknya sebagai duta telah ditamatkan serta-merta tanpa sebab yang munasabah.

Bertambah sedih apabila Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, mendakwa bahawa suaminya, Bayu Daniel turut terkena tempias berkenaan isu tersebut apabila dia telah dituduh dengan perkara bukan-bukan.

Jue, 34, telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Bayu Daniel yang merupakan pemuzik dari Indonesia pada tahun 2015 yang lalu dan mereka telah mengambil seorang anak angkat.

“Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab.

“Sukar untuk saya menjelaskan perkara itu secara terperinci, namun saya sedih apabila kerjasama ini diakhiri dengan cara tidak baik.

“Lebih menyedihkan, suami juga turut terkena tempiasnya, sehingga kami pula bergaduh suami-isteri,” katanya dipetik daripada BH Online.

Dalam masa yang sama, produk tersebut juga masih lagi menggunakan wajahnya bagi melariskan produk mereka meskipun dia bukan lagi duta bagi jenama berkenaan.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia mengakui bahawa dalam waktu terdekat ini dia berasa agak serik untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat kecantikan.

“Meskipun begitu, saya percaya ramai lagi pengasas produk yang bersikap jujur di negara ini. Malah, saya takkan berputus asa apabila gagal dalam melakukan sesuatu perkara.

“Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan.

“Apa yang penting, saya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar, akibat masalah bersama syarikat produk saya wakili sebelum ini,” tegasnya.

Sebelum ini, Jue pernah membuat laporan polis apabila gambarnya sebagai duta produk kecantikan Queen Of Mutiara telah diciplak oleh segelintir pemborong yang menjual barangan tiruan bagi melariskan jualan mereka.

Benar juga kata Jue, apa yang terjadi ini merupakan asam garam kehidupan, ada jatuh bangunnya. Mungkin apa yang terjadi ni ialah dugaan daripada Allah untuk Jue. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: duta produkjue aziztamat kontrak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAFA Tamatkan Kontrak Pengurus ‘The Bos Gaurus’

01/08/2018
0

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menamatkan kontrak pengurus pasukan The Bos Gaurus Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkuat kuasa...

Jue Aziz Dedah Gangguan Mistik Punca Keguguran

20/12/2016
0

PELAKON Jue Aziz baru-baru ini mengalami keguguran kali ketiga sejak mendirikan rumah tangga bersama Bayu Pramana Putra Achmal, seorang pemuzik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd