• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesir Lancar Bas Khas Wanita Atasi Kes Cabul

oleh
24/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Satu ujian baharu dijalankan oleh sebuah syarikat pengangkutan awam swasta Mesir, yang sedang mencari huraian terhadap isu pencabulan dan gangguan seksual dalam bas.

Caranya ialah menyediakan bas-bas hanya untuk penumpang kaum wanita. Pemandunya juga mestilah seorang wanita, lapor media tempatan semalam.

Naib presiden syarikat bas tersebut mendedahkan kepada agensi berita Al Arabiya bahawa sehingga kini, percubaan yang dijalankan membuahkan hasil. Tetapi isu utama adalah kekurangan pemandu wanita.

“Idea baharu ini adalah percubaan untuk menawarkan khidmat pengangkutan awam yang selamat dan selesa bagi kaum wanita yang sekali gus menghapuskan kes pencabulan,” kata Omar Al-Engleezy.

Syarikat tersebut memutuskan untuk mengkhususkan khidmat bas hanya untuk kaum wanita sama seperti operasi gerabak-wanita sahaja di rangkaian sistem kereta api bawah tanah Kaherah ketika ini.

Tambah Omar, syarikat itu turut merancang untuk menyediakan bas khusus bagi setiap laluan dan mengumumkan pada masa akan datang mengadakan pertandingan untuk merekrut lebih ramai lagi pemandu wanita.

Sungguhpun demikian, hanya beberapa pencalonan diterima. Bagaimanapun menurut syarikat tersebut, sejak percubaan itu dijalankan di beberapa laluan di Kaherah, ia menerima maklum balas yang menggalakkan.

Beliau menekankan bahawa tambang tetap sama dengan khidmat bas yang lain dan tujuannya adalah untuk menggalakkan wanita selesa menggunakan pengangkutan awam dengan lebih selamat.

Omar berkata juga bahawa syarikat itu sedang berusaha untuk melatih beberapa kumpulan pemandu wanita untuk memandu bas di jalan raya Kaherah yang amat sesak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kaherahMesir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd