• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Dipenjara 7 Bulan Pukul Isteri Tak Jawab Telefon

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang suami terpaksa merengkok di penjara selama tujuh bulan kerana menampar, menumbuk, mencekik leher dan menendang isterinya gara-gara wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Ng Boon Meng, 43, yang tidak bekerja, selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Tan Suh Huai, 41, seorang eksekutif pentadbiran di sebuah agensi pelancongan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Taman Pandan Indah, Pandan Indah, di sini pada 1.30 tengah hari, 10 Ogos lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan Ng menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 Ogos lepas.

Mengikut fakta kes, pada 10 Ogos, pukul 1.30 tengah hari, tertuduh telah pulang ke rumah dan memarahi isterinya kerana tidak menjawab panggilan telefon pada pukul 8.15 pagi hari sama dan mangsa memberitahu dia tidak menyedari panggilan itu kerana berada di sebuah kedai makan bersama rakan-rakannya.

Tertuduh yang berang dan tidak berpuas hati dengan alasan isterinya kemudian menampar muka mangsa beberapa kali, mencekik leher sehingga merah, menendang kaki, menumbuk perut dan menarik bibir mangsa sehingga berdarah sambil berterusan bertanya kenapa mangsa tidak menjawab panggilannya itu.

Mangsa menangis dan menjerit sebelum berlari ke tingkat atas rumah, memanggil anak lelakinya berusia 17 tahun sebelum kedua-duanya keluar dari rumah dan membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati tertuduh sering kali memukul isterinya setiap kali perselisihan faham berlaku.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu dia tidak akan mengulangi perbuatan itu dan merayu kepada mahkamah supaya memberikan peluang kepadanya untuk kembali kepada isteri dan memperbaiki diri.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman berbentuk pengajaran kerana sebagai seorang suami, tertuduh seharusnya melayan isteri dengan baik dan sebarang permasalahan rumah tangga patut diselesaikan dengan cara baik bukannya mengambil tindakan di tangan sendiri. — BERNAMA

Tags: pukul isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Volvo Buka Bilik Pameran Di Bukit Bintang

Next Post

Johor Komited Bina 100,000 Unit Rumah RMMJ

Related Posts

Pukul Isteri Dengan Kayu Kerana Cemburu

17/04/2022
0

Kluang : Lelaki di bawah pengaruh syabu ditahan manakala kayu dipercayai digunakan untuk memukul isterinya dirampas polis di ladang kelapa...

Peniaga Didakwa Cederakan Isteri Ketiga Hingga Parah

17/06/2021
0

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri...

Next Post

Johor Komited Bina 100,000 Unit Rumah RMMJ

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd