• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pemandu Lori Cuba Langgar Penguatkuasa JPJ

oleh AK-47
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang pemandu lori ditahan polis kerana menghalang penjawat awam, iaitu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan tugas di Jalan Chain Feri, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, empat penguatkuasa JPJ yang menaiki sebuah kenderaan jabatan berkenaan sedang membuat rondaan apabila ternampak lori dipandu lelaki terbabit di lampu isyarat simpang menghala ke Taman Bagan.

“Penguatkuasa JPJ itu membunyikan siren kenderaan dan mengarahkan pemandu lori yang membawa muatan tanah lumpur itu memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk pemeriksaan.

Tetapi pemandu itu tidak memberhentikan lori dan terus melanggar lampu isyarat serta membelok ke Taman Bagan menuju ke dalam kawasan tapak pembinaan perumahan sambil diekori kenderaan JPJ yang terus mengarahkan suspek berhenti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu itu yang menyedari diekori bertindak membrek lori yang dipandunya secara mengejut dan cuba melanggar kenderaan JPJ beberapa kali bagaimanapun penguatkuasa JPJ sempat mengelak.

Noorzainy berkata selain itu, pemandu terbabit turut membuang muatan tanah lumpur hampir mengenai kenderaan JPJ sebelum penguatkuasa berkenaan bertindak menyekat laluan keluar dari tapak pembinaan sehingga pemandu tersebut memberhentikan lori yang dipandunya itu.

“Lelaki itu enggan turun dari lorinya walaupun telah diarah beberapa kali oleh penguatkuasa JPJ menyebabkan mereka menghubungi polis bagi meminta bantuan. Kami membuat pemeriksaan ke atas pemandu berkenaan dan mendapati lesen memandunya dan cukai jalan serta perlindungan insurans telah tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata penguatkuasa JPJ itu mengeluarkan sembilan saman ke atas lelaki berkenaan atas pelbagai kesalahan namun lelaki itu enggan menerimanya sebaliknya membuat provokasi dengan menolak badan anggota JPJ dan memaki hamun serta menunjukkan isyarat lucah.

“Berikutan itu, polis menahan lelaki terbabit kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat. Dia kini direman empat hari bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Noorzainy Mohd NoorJPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd