• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Disaran Tidak Tumpu Pertanian Tradisional

oleh AK-47
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Petani di Perlis disaran supaya tidak menumpukan kepada aktiviti pertanian tradisional, sebaliknya mencuba tanaman komersial baharu yang mampu menjana hasil lebih lumayan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata selain padi, getah atau kelapa sawit, petani perlu bijak mencari peluang dengan menceburkan diri dalam bidang perladangan seperti tanaman limau meyer atau buah tin yang turut mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Beliau berkata tanaman komersial berkenaan jika diusahakan secara berdisiplin dan mengikut sistem yang telah ditetapkan, petani pasti akan berjaya menjana pendapatan yang tinggi.

“Petani boleh usahakan tanaman yang boleh jana hasil dalam tempoh yang singkat dan tanaman yang umurnya lebih panjang, tidak seperti padi yang perlu dipotong setiap kali musim menuai dan perlu ditanam semula,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Padang Siding dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya kerajaan turut menyediakan pelbagai geran, bantuan peralatan serta pinjaman kewangan sehingga RM100,000 bagi membantu golongan petani dan peladang memulakan usaha dalam bidang pertanian.

Maklumat mengenai pertanian boleh didapati di pejabat PPK dan petani harus berani mengubah hidup mereka, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan Man
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

Kaji Dulu Secara Sebelum Laksana ICERD – MB Perlis

07/11/2018
0

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta kerajaan persekutuan mengkaji dengan mendalam kesan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd