• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50,000 Murid Akan Duduki Ujian Khas SBP Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Lebih 50,000 murid akan menduduki ujian khas secara dalam talian yang pertama kali diperkenalkan Kementerian Pendidikan tahun ini bagi permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peperiksaan tersebut akan berlangsung pada 11 hingga 15 Dis ini di lebih 200 pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.

Ia bagi mengisi 10,000 tempat di 69 SBP di seluruh negara ketika ini, katanya.

“Mulai tahun ini juga penilaian kemasukan ke SBP ini akan mengambil kira kesemua empat komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama keputusan ujian khas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘My New School’ di Sekolah Kebangsaan Paya Rawa di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Azuyah Hassan.

Empat komponen berkenaan ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Berasaskan Psikometrik.

Mahdzir berkata, pengenalan ujian baharu itu menunjukkan kementerian serius mahu menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang, bukan akademik semata-mata.

“Sepatutnya ibu bapa perlu faham konsep PPSR sejak anak-anak darjah empat lagi bagi memudahkan mereka membantu anak mereka dalam setiap penilaian,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata sebanyak RM500 juta bajet tambahan disediakan bagi tujuan baik pulih sekolah yang mengalami infrastruktur kritikal menggunakan Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

“Tahun ini 60 projek dijalankan di bawah IBS dan kami menjangkakan sejumlah 100 sekolah bakal mendapat manfaat daripada projek ini tahun depan,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Paya Rawa yang akan mula dibina tahun hadapan di bawah program My New School.

Program berkenaan merupakan antara inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang membolehkan sekolah mempunyai hubungan erat selain kerjasama utuh dengan ibu bapa, Kumpulan Penggerak Sarana Kebangsaan (KPSK), komuniti dan agensi terlibat.

Menerusi program itu, sekolah menjadi hab komuniti dan sumber kemudahan kepada warga sekolah serta komuniti dalam program yang dijalankan. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd