• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandikar Amin Tegur MP Kaitkan Isu Agama, Politik

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur anggota parlimen Shah Alam kerana mengganggu aturan mesyuarat dan kerap mencelah semasa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan jawapan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Semasa sesi yang sedang membincangkan isu agama dan perkembangan kumpulan atheis dalam negara, Khalid Abd Samad (Amanah-Shah Alam) mencelah membangkitkan beberapa perkara berupa dakwaan mengaitkan agama dan politik.

Tindakan Khalid yang kerap mencelah dan tidak memberi peluang kepada Asyraf Wajdi untuk terus menjawab telah mengundang kemarahan Pandikar Amin, seterusnya memberi amaran untuk mengarahkan Khalid keluar dewan sekiranya masih terus berdegil.

“Saya yang menimbang sama ada apa yang dihujah itu melanggar peraturan atau tidak. YB Shah Alam tadi cakap, saya teliti, tetapi dihujung hujah dikaitkan politik daripada agama.

“Apabila menteri beri jawapan, bermakna hujah yang dipolitikkan terpaksa dijawab dengan politik,” kata Pandikar Amin.

Asyraf Wajdi kemudian berkata beliau terpaksa menjawab secara politik kerana tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan oleh pembangkang adalah tidak berasas.

“Walaupun Islam adalah agama persekutuan namun Islam agama yang adil dan mengiktiraf kebersamaan, selain meraikan kepelbagaian agama di negara ini. Tiada dalam dunia mana-mana agama yang ada patung Buddha terbesar di Asia, patung Hindu terbesar di Asia tetapi kita tidak pernah mengalami pemberontakan dan ketidakpuasan hati kerana Islam yang dibawa Barisan Nasional tidak pernah mendiskriminasi sesiapa,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) mengenai perkembangan Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur, Asyraf Wajdi berkata ideologi itu adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Jelasnya, Perlembagaan juga menyatakan bahawa kerajaan boleh mengadakan apa-apa peruntukan undang-undang untuk menyekat doktrin atau pemahaman yang menggangu-gugat agama Islam.

“Bagi bukan Islam, ia bercanggah dengan undang-undang ketenteraman awam dan kemoralan dan sekiranya ada pihak cuba sebar ideologi seperti Atheis yang cuba menyangkal kesucian agama-agama lain, ia boleh diambil di bawah Akta Hasutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Terima Proklamasi Pembubaran

07/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13, yang berkuat kuasa Sabtu. Yang Dipertua Dewan Rakyat,...

Jangan Lepas Geram Dalam Dewan Rakyat – Pandikar

05/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menasihati anggota parlimen agar mengawal emosi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd