• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kedai Permainan Video Dipenjara 7 Bulan Curi RM90,000

oleh Ahmad Albab
07/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kedai permainan video dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencuri wang berjumlah RM90,000 milik majikannya, April tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhi hukuman itu terhadap Thor Chan Ching, 23, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari ini, yang ditetapkan untuk sebutan kes.

Mahkamah memerintahkan Thor menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Nov tahun lepas.

Sebelum Mat Ghani menjatuhi hukuman, Thor memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mengambil wang itu kerana mahu membantu kawan untuk memulakan perniagaan, tetapi kawannya itu telah melarikan wang berkenaan dan sehingga kini dia gagal dihubungi.

Thor, yang ketika itu bertugas sebagai pembantu eksekutif di Kelab Nova Gold, didakwa mencuri wang itu di No.9 Jalan 1A/114, Off Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini pada 3.30 pagi, 30 April tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pada 28 Nov tahun lepas, Thor mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut fakta kes, pembantu pengurus di Kelab Nova Gold meneliti kamera litar tertutup selepas dimaklumkan mengenai kehilangan wang berjumlah RM90,000 dari peti besi.

Hasil penelitiannya, beliau mendapati tertuduh telah membuka peti besi itu, lalu mengambil wang tersebut sebelum dimasukkan ke dalam beg silangnya, dan selepas itu, tertuduh gagal dihubungi serta menghilangkan diri dari asrama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd