• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan PBNP Dianggap Tak Menghormati AFC

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) disifatkan tidak menghormati Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas membuat keputusan mengejut menolak tawaran beraksi dalam saingan Piala AFC 2018.

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Peter De Roo berkata keputusan dibuat PBNP itu akan memberi kesan negatif terhadap FAM dalam usaha badan induk berkenaan untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan.

“Kita mahu bola sepak berkembang di arena antarabangsa kerana ia membolehkan kita meraih pendedahan maksimum di peringkat tertinggi. Namun, ia menjadi tugas yang sukar untuk melangkah lebih jauh jika sesebuah pasukan itu tidak mengambil serius kejohanan antarabangsa.

“Tindakan Pahang menarik diri daripada kejohanan AFC jelas menunjukkan pasukan itu tidak menghormati AFC. Tindakan seumpama itu boleh menjejaskan ranking Malaysia serta menjejaskan hubungan baik FAM dengan AFC,” kata Peter seperti dipetik dalam entri terkini di laman Facebook rasmi FAM hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PBNP Norlia Abdul Manaf berkata persatuan itu menolak tawaran pasukan Pahang beraksi dalam saingan Piala AFC 2018 untuk memberi sepenuh perhatian kepada Liga Malaysia musim 2018. – BERNAMA

Tags: Peter De Roo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd