• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Bertudung Langgar Perlembagaan Persekutuan

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Larangan bertudung terhadap pekerja wanita di bahagian kaunter hotel tidak boleh diterima atau dirunding kerana ia satu penghinaan yang melanggar tiga perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) tidak seharusnya mempertahankan dasar yang ditetapkan pengusaha rangkaian hotel antarabangsa, tetapi sebaliknya memberitahu merakt bahawa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan wajib dipatuhi dan dihormati bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga orang luar.

“Ini bukan soal berniaga, ini soal hak asasi seseorang. Tiada kompromi. Dia (pengusaha rangkaian hotel antarabangsa) orang luar dan dia datang ke negara kita, jadi mungkin dia tak tahu. Mungkin dia tak faham tentang budaya kita, tapi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Malaysia untuk beritahu dia.

“Perlembagaan kita tidak membenarkan (pelaksanaan larangan bertudung berkenaan), takkan itu pun kita rakyat Malaysia tak boleh beritahu, ia melanggar perlembagaan,” katanya sewaktu menggulung Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata larangan berkenaan melanggar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Ia juga melanggar Perkara 8(2) iaitu tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan.

Mohamed Nazri berkata larangan tersebut turut bertentangan dengan Perkara 11(1) iaitu tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

“Mana boleh, ini nak runding apa lagi… nak hina perlembagaan? Tidak ada ruang untuk perundingan, saya percaya kalau nak pinda (Perlembagaan Persekutuan) semata-mata larang orang pakai tudung, ia tak akan lulus, tak akan sampai sini (Parlimen),” katanya.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan pendedahan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mengenai aduan kakitangan hotel kepada pusat itu berkaitan diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung.

Laporan itu turut memetik Presiden MAH Cheah Swee Hee yang mempertahankan tindakan hotel melarang wanita Islam bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebagai sebahagian dasar antarabangsa.

Menyentuh mengenai isu promosi pelancongan, Mohamed Nazri menegaskan bahawa kementeriannya tidak pernah mengabaikan Sabah dan Sarawak dalam usaha mempromosikan dan meningkatkan kemasukan pelancong asing.

“Sebab itu bila saya pergi ke luar negara, kita ambil bahagian dalam pameran, kita jemput semua lembaga pelancongan negeri untuk ambil bahagian sekali dalam pavilion yang kita adakan.

“Jadi untuk kata kita tak tekankan pelancongan di Sabah dan Sarawak itu tak betul, nak cakap kita abaikan negeri pembangkang pun tak betul. Tanyalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan Kelantan. Semua kita bantu, kalau negeri yang dipimpin DAP, PAS, dan PKR pun saya tolong, inikan pula adik saya Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengenai pengagihan perbelanjaan promosi dalam soal pelancongan antara negeri-negeri, Mohamed Nazri berkata, ia berdasarkan apa yang diluluskan dan dicadangkan oleh kerajaan negeri masing-masing, namun ia harus melalui penilaian oleh peringkat persekutuan.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan RUU Pembekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Salahkan SPRM Dengan Penahanan Pemimpin UMNO

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dipersalahkan dalam siri siasatan dan penahanan pemimpin UMNO sejak kebelakangan...

Saya Tegar UMNO, Tidak Tinggalkan Parti

19/09/2018
0

IPOH - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan, beliau merupakan ahli UMNO yang tegar dan menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd