• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terengganu Tingkat Kawalan Setiap Pintu Masuk

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Kontinjen Terengganu kini meningkatkan kawalan di setiap pintu masuk ke negeri ini susulan kes tahanan etnik Uighur yang lolos dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao, Thailand, Isnin lalu.

Ketua Polis, Datuk Aidi Ismail berkata ini selaras dengan arahan yang diterima dari pihak tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar semua pihak berwaspada dengan kemungkinan tahanan itu melarikan diri ke negara ini.

“Semua Ibu Pejabat Daerah (IPD) telah diminta untuk memantau dan menangkap (tahanan) jika terkesan.

“Setakat ini saya belum dapat apa-apa maklumat tentang kemasukan mereka ke negeri Terengganu,” katanya ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 2 pagi Isnin (waktu tempatan), 20 etnik Uighur Muslim, China yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka meloloskan diri dari pusat tahanan itu.

Pada masa ini kira-kira 200 etnik Uighur sedang ditahan di pusat-pusat imigresen Thailand bagi menunggu dihantar pulang selepas Beijing mendesak mereka dihantar pulang.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan, lima daripada 20 etnik Uighur yang melepaskan diri itu telah ditahan semula manakala baki tahanan dipercayai telah merentasi sempadan untuk memasuki Malaysia.

Sehubungan dengan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM sedia untuk berkongsi maklumat risikan dengan pihak keselamatan Thailand untuk membolehkan semua tahanan terbabit ditahan semula.

PDRM juga katanya sedia menjalin kerjasama dengan Polis ASEAN (Aseanapol) dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan saki baki tahanan etnik Uighur yang kini dalam buruan pihak berkuasa negara Thailand. – BERNAMA

Tags: Datuk Aidi IsmailEtnik Uighur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abim Tolak Pelawaan China Lawat Xinjiang

31/12/2019
0

PETALING JAYA - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menolak pelawaan kerajaan China terhadap pengkritik dasarnya di Xinjiang supaya melawat ke...

Uighur: Kedutaan China Tolak Memorandum Kali Ke-3

27/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Buat kali ke-3 Kedutaan Besar China enggan menerima memorandum rakyat Malaysia, yang berhimpun hari ini mendesak penindasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd