• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruperunding Kaji BRT Kota Kinabalu Dikenal Pasti

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan telah mengenal pasti juruperunding untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek Bus Rapid Transit (BRT) di bandar raya ini, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata kajian itu dijangka mengambil masa empat bulan untuk disiapkan.

“Skop kajian itu merangkumi beberapa aspek termasuk trafik, pemilihan jajaran dan lokasi stesen, terminal,serta depoh.

“Setakat ini Jabatan Kerja Raya juga telah memulakan perancangan penyediaan koridor di laluan baharu ke arah utara dan juga jalan yang dinaik taraf untuk kegunaan pengangkutan alternatif, pengangkutan awam, laluan pejalan kaki dan berbasikal,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Hiew King Cheu (Bebas-Luyang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Hiew bertanya mengenai sama ada kerajaan akan membina monorel untuk mengurangkan kesesakan trafik di Kota Kinabalu.

Pairin berkata setakat ini kerajaan belum mempunyai perancangan untuk membina monorel namun pembinaan BRT berkenaan adalah langkah kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan trafik dan kekurangan parkir di bandar raya Kota Kinabalu.

Katanya projek BRT melibatkan dua fasa melibatkan jarak sejauh 44 kilometer dengan fasa pertama sejauh 15 kilometer dari Kepayan-Kota Kinabalu-Inanam yang menelan belanja RM1 bilion dibiayai kerajaan pusat.

Mengenai masalah parkir di Kota Kinabalu, Pairin berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

“Pihak DBKK telah mengesahkan dua pendekatan yang akan digunakan untuk mengatasi masalah ini iaitu menambah bilangan tempat letak kereta sama ada melalui penyusunan semula ruang jalan atau pembinaan bangunan letak kereta bertingkat.

“Pendekatan kedua pula menggunakan struktur caj letak kereta yang menggalakkan penggunaan letak kereta dalam jangka masa pendek,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Parti Politik Tubuh Gabungan Bersatu Sabah

24/10/2018
0

KOTA KINABALU – Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan UMNO hari ini secara rasminya mengumumkan pakatan...

Sabah Patut Bersyukur Najib Jadi PM – Pairin

27/04/2018
0

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mempunyai Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui negara ini sebagai perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd