• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian Masalah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menekankan bahawa menukar kerajaan bukanlah penyelesaian kepada semua masalah.

Beliau berkata adalah amat mudah untuk menyalahkan kerajaan untuk semua kesilapan yang berlaku.

“Ada yang mencadangkan penyelesaian kepada masalah ialah dengan menukar kerajaan dan semua masalah akan hilang. Adakah ia penyelesaian sebenar ataupun sekadar dakwaan mereka yang menjaja penyelesaian palsu kepada semua masalah?, “ kata beliau dalam catatan blognya hari ini.

Salleh juga berkata masalah perkauman dan tidak bertoleransi terhadap agama tidak boleh diselesaikan hanya dengan menukar kerajaan.

“Ada kumpulan yang mencetuskan masalah perkauman dan agama, melainkan rakyat Malaysia bersedia untuk mencari keamanan dan keharmonian, ia tidak akan berlaku walaupun anda menukar kerajaan,” katanya.

Salleh juga berkata perkara sama berlaku berkenaan ekonomi Malaysia dan beliau mempertikaikan pengkritik yang menjelaskan bagaimana menukar kerajaan boleh membuatkan kesemua rakyat Malaysia kaya raya.

“Malaysia tidak terletak di angkasa lepas. Malaysia adalah sebahagian daripada ekonomi global. Apa yang berlaku di negara lain akan memberi kesan kepada Malaysia.

Jadi Malaysia tidak terasing dan terlindung daripada apa yang dilakukan oleh negara lain,” katanya.

Salleh berkata dunia sudah menjadi tempat yang mahal untuk didiami, dan kos sara hidup meningkat di mana-mana negara.

“Ada yang merungut bahawa kos sara hidup di Malaysia adalah amat tinggi. Sebenarnya ianya bukan masalah Malaysia sahaja tetapi masalah dunia . Maka pertukaran kerajaan tidak akan mengubah masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd