• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Kesan Tahanan Uighur Lari Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menjalin kerjasama dengan Polis ASEAN (Aseanapol) dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan saki baki tahanan etnik Uighur yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao,Thailand awal pagi Isnin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM sedia untuk berkongsi maklumat risikan dengan pihak keselamatan Thailand untuk membolehkan semua tahanan terbabit ditahan semula.

“Kita (PDRM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand, Aseanapol dan Interpol khasnya dalam perkongsian maklumat risikan berkaitan kes itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Pengganas Kali Ketiga 2017 di sini hari ini.

Sejurus kejadian itu, Thailand memohon kerjasama Malaysia untuk mengesan tahanan Uighur berkenaan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan, lima daripada 20 etnik Uighur yang melepaskan diri itu telah ditahan semula manakala baki tahanan dipercayai telah merentasi sempadan untuk memasuki Malaysia.

Dalam insiden pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam, 20 etnik Uighur Muslim, China yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka meloloskan diri dari pusat tahanan itu.

Pada masa ini kira-kira 200 etnik Uighur sedang ditahan di pusat-pusat imigresen Thailand bagi menunggu dihantar pulang selepas Beijing mendesak mereka dihantar pulang. – BERNAMA

Tags: Etnik UighurTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aku Janji BN Perak Hampir Siap Dilaksanakan

Next Post

Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian Masalah

Related Posts

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

Kes Sanusi Dipindah Ke Mahkamah Tinggi, Tarikh Bicara Baharu Akan Diberi Kemudian

100 Lagi Anggota Ditambah Bantu Gerakan Buru Tahanan Lolos Depoh Imigresen

02/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Gerakan besar-besaran dilancarkan bagi memburu dan menahan semula 130 tahanan yang lari dari Depoh Imigresen Bidor, malam tadi....

Next Post

Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian Masalah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd