• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thai Mohon Malaysia Hantar Balik Rakyat Uighur

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Thailand memohon kerjasama Malaysia untuk menghantar kembali rakyat Uighur yang dipercayai telah menyelinap masuk ke negara jiran itu, selepas meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen di Sadao semalam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan, lima daripada 20 rakyat Uighur yang melepaskan diri itu teleh ditangkap semula, tetapi beliau tidak memberikan butir lanjut mengenainya, lokasi dan di negara mana mereka ditangkap semula.

“Lima daripada mereka telah ditangkap semula dan selebihnya telah merentasi sempadan (Malaysia). Jadi sekarang kami menghubungi rakan sejawatan di Malaysia untuk menghantar mereka balik kepada kami,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di sini hari ini.

Katanya, terdapat antara 100 hingga 200 rakyat Uighur yang sedang ditahan di Thailand.

Dalam insiden 2 pagi (waktu tempatan) semalam, 20 rakyat Uighur yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao.

Mereka dipercayai menghala ke hutan berdekatan di sempadan Malaysia-Thai.

Kumpulan Uighur itu yang telah ditahan di pusat itu sejak 2014 telah menebuk lubang dinding tahanan dan turun dari bangunan dengan menggunakan selimut.

Lapan pegawai imigresen pusat itu telah ditukarkan ketika pihak berkuasa memulakan siasatan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, timbalan perdana menteri berkata rakyat Uighur itu boleh dihantar pulang ke negara asal mereka, negara kelahiran, atau negara ketiga.

Beberapa wanita dan kanak-kanak Uighur telah dihantar ke negara ketiga memandangkan mereka tidak mempunyai rekod jenayah, kata Prawit, dan menambah pihak berkuasa bercadang membawa 20 rakyat Uighur itu ke Bangkok sebelum mereka melepaskan diri.

Sementara itu di Songkla di selatan Thai, Ketua Polis Imigresen, Lt. Jen. Suthipong Wongping yang meninjau pusat tahanan itu hari ini berkata mereka telahpun memberitahu pihak berkuasa Malaysia mengenai insiden Uighur melarikan diri.

Katanya, pihak berkuasa telah dapat mengesan laluan Uighur melarikan diri dan kesemua mereka telah keluar dari Thailand.

Beliau berkata polis imigresen telah membentuk jawatankuasa menyiasat insiden itu. – BERNAMA

Tags: ThailandUighur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd