• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Nyamuk Aedes Biak, Syarikat Pembinaan Didenda

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pembinaan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membiarkan nyamuk Aedes membiak di sebuah tapak pembinaan.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Syarikat Tajukon Sdn Bhd selepas wakil syarikat itu iaitu pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja, K. Gunalan mengaku bersalah atas pertuduhan membiarkan pembiakan serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk Aedes Albopictus di dalam bekas plastik makanan.

Syarikat itu yang membayar denda berkenaan, didakwa melakukan kesalahan itu di tapak pembinaan Tajukon Sdn Bhd, Lot PT 9502, Dato Keramat di sini pada 10 pagi , 28 Feb lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 13(1) dan dibaca bersama Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Shumizan Siron memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun syarikat itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana ini kesalahan pertama syarikat itu. – BERNAMA

Tags: nyamuk Aedes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Denda RM500 Biak Aedes Hampir Kecohkan Dewan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pagi ini hampir kecoh apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mendakwa Timbalan Menteri...

Simpang Kuala Lokaliti Baharu Kes Chikungunya

26/06/2019
0

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan lokaliti baharu penyakit chikungunya iaitu di Simpang Kuala di sini dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd