• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peranan Wanita UMNO Penting Gerakkan Parti

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin Pergerakan Wanita UMNO dapat terus memainkan peranan penting dalam memastikan negeri ini terus menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata Wanita UMNO merupakan tulang belakang dalam menentukan kekuatan dan menggerakkan parti selama ini bersama dua lagi sayap iaitu Pemuda dan Puteri.

“Di Kedah, Wanita UMNO merupakan jentera paling hadapan untuk menentukan kekuatan UMNO dalam memastikan UMNO dapat terus mentadbir di negeri ini dan ia perlu diteruskan bagi memastikan kita dapat terus diberi kepercayaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Jangan gadai kuasa yang ada kepada pihak tertentu hingga boleh menyebabkan rakyat Kedah rugi, jadi Wanita, Pemuda dan Puteri perlu berganding bahu untuk memperkasakan Jalinan Rakyat (JR) yang merupakan senjata UMNO yang paling kuat dalam memperkasa parti,” katanya semasa berucap pada majlis Malam Anugerah Ibu Terbaik Bangsa di sini, malam tadi.

Pada majlis tersebut, Ahmad Bashah menyampaikan lima Anugerah Ibu Terbaik Bangsa kepada lima tokoh Wanita UMNO Kedah yang telah memberi sumbangan bakti dalam membantu meningkatkan nama Pergerakan Wanita UMNO negeri.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Khas buat Allahyarham Datuk Wira Dr Maznah Hamid atau lebih dikenali sebagai ‘Iron Lady’ yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 4 Okt lalu dan anugerah diserahkan kepada anak Allahyarham, Datin Nur Sharmila Shaheen Mirza Habib. – BERNAMA

Tags: Wanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angkat Jawatan Ketua Wanita Setaraf Timbalan Presiden UMNO

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu jawatan ketua sayap pergerakan itu diiktiraf dan diangkat setaraf jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ketuanya,...

Bertenang, Istiqamah Bersama Parti – Noraini

26/10/2018
0

KEKAL... Semua ahli UMNO di seluruh negara diminta agar bertenang dan terus istiqamah bersama parti dalam perjuangan memenangi semula keyakinan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd