• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Jangka Bajet 2018 Defisit RM41.74j

oleh AK-47
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2018 dengan anggaran defisit sebanyak RM41.74 juta berbanding RM42.65 juta dalam Bajet 2017.

Ketika membentangkan bajet bertemakan “Kelantan sejahtera untuk Islam”, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri juga menyasarkan perolehan hasil sebanyak RM696.90 juta.

Bagaimanapun, perbelanjaan mengurus dijangka meningkat RM59.01 juta kepada RM738.64 juta berbanding RM679.63 juta pada 2017, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan Negeri berkata peruntukan pembangunan bagi tahun depan berjumlah 312.14 juta iaitu sebanyak RM222.14 juta di bawah peruntukan negeri manakala sebanyak RM90 juta daripada sumber pinjaman.

Beliau berkata anggaran hasil negeri pada 2018 meliputi perolehan cukai sebanyak RM182.88 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM355.58 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM158.44 juta.

“Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM59.92 juta atau 9.41 peratus berbanding anggaran hasil 2017 sebanyak RM636.98 juta,” katanya.

Beliau berkata hasil tanah mengatasi hasil hutan sebagai penyumbang terbesar dengan jumlah RM239.96 juta atau 34.43 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil, meningkat sebanyak RM82.06 juta atau 51.96 peratus berbanding dengan anggaran sebanyak RM157.91 juta pada 2017.

Menurutnya, hasil hutan menunjukkan penurunan sebanyak RM37 juta kepada RM140.20 juta atau 20.12 peratus berbanding RM177.20 juta yang dianggarkan pada 2017.

Ahmad berkata hasil perlombongan dijangka menurun sebanyak RM4 juta atau 5.71 peratus kepada RM66 juta berbanding RM70 juta yang dianggarkan pada tahun ini manakala hasil air juga dijangka menurun sebanyak RM2.24 juta atau 17.23 peratus berbanding RM13 juta yang dianggarkan pada 2017.

Beliau berkata, terimaan daripada agensi kerajaan menyumbang sejumlah RM113.5 juta atau 16.29 peratus, terimaan lain-lain (RM120.88 juta), hasil pelaburan (RM4.56 juta), dan hasil rumah awam kos rendah (RM1.03 juta.

Anggaran perbelanjaan mengurus 2018 merangkumi perbelanjaan tanggungan sebanyak RM25.53 juta dan perbelanjaan bekalan sebanyak RM713.11 juta, katanya.

Pada pembentangan tersebut, Ahmad mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada setiap penjawat awam negeri itu yang akan dibayar secara berperingkat pada 2018.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Datuk Ahmad Yakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Tarik Larangan Tanda Kelantan Mohon Maaf

29/11/2018
0

BACHOK – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan pengeluaran surat pekeliling menarik balik larangan memasuki pejabat kerajaan negeri ke...

Harap Hubungan Erat Negeri, Persekutuan Terus Terjalin

25/07/2018
0

KOTA BHARU - Kelantan berharap agar hubungan 'kerajaan dengan kerajaan' yang terjalin antara negeri dan Persekutuan terus erat atas semangat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd