• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Rekod Sahabat Gerah Tertinggi Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Terengganu merekodkan pendaftaran tertinggi untuk program Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah), iaitu seramai 11,000 orang setakat hari ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu Mohd Zaki Hassan berkata pihaknya hanya menyasarkan pendaftaran 10,000 Sahabat Gerah ketika ia dilancarkan pada Ogos lalu.

“Namun kita sudah mencapai sasaran itu lebih awal dari masa yang ditetapkan pada 31 Dis tahun ini. Bagi saya, ini adalah bukti komitmen tinggi daripada rakyat Terengganu dalam membantu SPRM membanteras rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) oleh Naib Canselor UniSZA Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan 1,100 kakitangan UniSZA termasuk pensyarah dan petugas pentadbiran, di sini hari ini.

UniSZA adalah universiti kedua yang melaksanakan IBR di negeri ini selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu.

“Sejak dimulakan pada Februari tahun lalu, sebanyak 46 jabatan dan agensi kerajaan melaksanakan IBR dan 59 lagi akan berbuat demikian sebelum 31 Dis tahun ini.

“Pelaksanaan IBR di jabatan dan agensi kerajaan ini berjaya membanteras rasuah kerana berdasarkan rekod kami, tiada satu kes pun dilaporkan mengenai rasuah yang melibatkan pegawai serta kakitangan yang telah menandatangani IBR ini,” kata Mohd Zaki.

Selain itu, SPRM Terengganu juga akan bekerjasama dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk memastikan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Terengganu turut melaksanakan IBR tidak lama lagi.

“Sebelum ini, sudah ada beberapa GLC, namun kali ini ia akan dilaksanakan secara meluas melibatkan semua GLC milik kerajaan negeri dan kami masih menunggu tarikh yang sesuai (untuk melaksanakannya),” katanya yang turut mengalu-alukan syarikat swasta melaksanakan IBR.

Sementara itu, Dr Ahmad Zubaidi berkata IBR itu menunjukkan komitmen UniSZA mengenai integriti tidak hanya dalam aspek pentadbiran, malah dalam konteks akademik termasuk dalam usaha membanteras kegiatan menciplak karya orang lain.

“IBR juga memberi mesej kepada masyarakat bahawa warga UniSZA berjanji akan menjalankan tugas dengan jujur dan amanah. Pihak pengurusan universiti tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana kakitangan yang terlibat dalam perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd