• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM, DAP Punca Pakatan Harapan Lewat Didaftar

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim di sini bagi mendapatkan penjelasan mengenai status permohonan pendaftaran Pakatan Harapan.

Dr Mahathir, yang ditemani oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata masalah yang melanda PPBM dan DAP merupakan punca utama proses pendaftaran Pakatan Harapan mengalami kelewatan.

Semasa ditemui pemberita selepas pertemuan itu, beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai di KDN dalam pertemuan yang diadakan selama kira-kira 20 minit itu.

“Kalau masalah ini diberitahu awal, boleh kami selesaikan. Kami tidak ada niat untuk membantah atau menimbulkan masalah kepada kerajaan. Apa juga kehendak dan syarat-syarat yang tidak melanggar dengan undang-undang akan kami patuhi.

“Kami mahu parti campuran (Pakatan Harapan) ini didaftar secepat mungkin kerana sekiranya kelulusan pertubuhan lambat diberikan, ia dijangka akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 nanti. Kami harap pihak kementerian boleh memberitahu kami apakah masalah yang menyebabkan PH lambat didaftar,” kata beliau.

Pada 2 Nov lepas, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memaklumkan bahawa permohonan pendaftaran Pakatan Harapan yang dibuat pada 24 Julai lepas masih dalam pertimbangan.

Baru-baru ini, RoS memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

DAP pula menghadapi masalah berkaitan pemilihan semula Jawatankuas Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini yang tidak sah sehingga memaksa parti itu mengadakan semula pemilihan CEC baharu minggu lepas.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai berkata laporan audit Kongres Khas DAP yang diadakan minggu lepas akan diselesaikan minggu ini dan dikemukakan kepada RoS agar laporan itu tidak melengahkan proses meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd