• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lama Menanti, Akhirnya Fad Dan Asfan Timang Anak Ke-3

oleh
21/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA penantian Fad Bocey dan Asfan Shah akhirnya berakhir apabila isteri masing-masing telah berjaya melahirkan cahaya mata yang ketiga.

Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Mohd Nizam bersama isteri, Syaheera Rhman telah dikurniakan cahaya mata perempuan mereka pada pagi tadi pukul 6:57 pagi di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam.

Fad dan Syaheera mempunyai anak kembar lelaki yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, berusia kira-kira dua tahun.

Pasangan suami isteri ini telah berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram masing-masing.

“Bismillahirahmanirrohim. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 November, hari Ahad yang bahagia ini, kami selamat menyambut puteri kami.

“Yeay, mommy dah ada kawan! Terima kasih mommy, love u so much @syaheeraarahman,” tulis Fad di ruangan caption.

Sebelum ini, Syaheera pernah ditahan di wad kecemasan DEMC Specialist Hospital ketika usia kandungan sudah mencecah 33 minggu akibat kepenatan. Namun ketika itu, dia masih belum melahirkan lagi cahaya matanya itu.

Selain Syaheera, isteri kepada penyanyi dan komposer, Asfan Shah, iaitu Ain Sakinah juga telah selamat melahirkan anak ketiga mereka pada Jumaat lalu, pukul 2:22 pagi di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara.

Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudia tela memaklumkan kepada pihak media BH Online bahawa bayi lelaki itu telah selamat dilahirkan seberat 3.31 kilogram dan dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana isteri selamat melahirkan anak ketiga kami secara normal.

“Dia dilahirkan pada 17.11.17, jam 2.22 pagi. Nampaknya, anak kami pandai memilih tarikh dan waktu untuk dilahirkan,” katanya dalam nada bergurau.

Bagi penyanyi berusia 32 tahun itu, pengalaman menyambut anak ketiga itu bagaimanapun tetap membuatkan dirinya berasa berdebar kerana kali ini kelahiran itu mengambil masa agak lama.

Menurutnya, sebelum melahirkan bayi kali ini, isterinya telah dimasukkan ke bilik bersalin sebanyak dua kali kerana kononnya sudah tiba masa untuk melahirkan. Namun itu semua hanya ‘false alarm’ sahaja.

“Seminggu sebelum bersalin, isteri sudah tidak larat, sampaikan hendak berjalan pun dia kena bertongkat. Malah, dua kali isteri dimasukkan ke bilik bersalin, tetapi ketika itu rupa-rupanya belum masanya untuk dia melahirkan anak kami.

“Semalam pula hari isteri membuat pemeriksaan terakhir. Namun, doktor memberitahu, isteri akan bersalin pada bila-bila masa kerana tanda-tandanya memang jelas. Sukar untuk digambarkan perasaan saya ketika berada di bilik bersalin itu.

“Walaupun sudah mempunyai sedikit sebanyak pengalaman menyambut kelahiran anak sebelum ini, tetapi situasi kali ini sangat berbeza. Syukurlah, saya dengan isteri begitu kuat melalui proses kelahiran itu,” ujar Asfan yang kini popular dengan lagu Sumpah Cintaku.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kedua-dua selebriti ini diatas kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Semoga anak yang lahir itu bakal menjadi anak yang soleh dan solehah serta taat dengan suruhan Allah dan ibubapa. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: Asfan Shahbersalinfad boceykembar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Sakit Hendak Bersalin Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Hospital

Wanita Sakit Hendak Bersalin Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Hospital

10/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Hasrat sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua berkecai apabila si ibu meninggal dunia ketika dalam perjalanan...

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Dua Beradik Kembar Maut Nahas Dua Kenderaan

11/10/2023
0

PASIR SALAK: Dua beradik kembar maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Changkat Rambai, Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd