• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Ustaz Diterbangkan Ke Lokasi Nahas Untuk Berdoa

oleh AK-47
07/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELBAGAI usaha dan ikhtiar dilakukan oleh Kerajaan Indonesia bagi mengesan kedudukan sebenar bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak 28 Disember lalu.

Antaranya membenarkan penglibatan lapan orang ustaz di kawasan yang dipercayai lokasi bangkai pesawat tersebut berada.

Para ustaz berkenaan diterbangkan dengan helikopter Super Pumake ke lokasi berkenaan bagi mendoakan kelancaran misi pencarian itu, pagi tadi.

Sejurus tiba mereka mulai membaca doa dan menabur bunga di kawasan itu sebagai ikhtiar untuk memudahkan usaha menemui mangsa dan serpihan pesawat.

Salah seorang ustaz dan ulama, Muhammad Ali memberitahu tujuan upacara doa tersebut adalah supaya proses evakuasi berjalan lancar dan baki 125 korban dapat ditemui segera.

“Kami sebenarnya sudah lama berdoa dalam hati. Bila ada inisiatif daripada pihak kerajaan kami pun mengikut, bagaimanapun selaku manusia kami masih punyai kelemahan,” katanya.

Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Letkol Jhonson Simatupang berkata, kesemua ustaz dibawa mengelilingi lautan untuk berdoa dan menabur bunga.

“Lokasi (berdoa adalah) sekitar kawasan sektor I dan IV,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO KRONOLOGI PESAWAT QZ8501

Tags: QZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

Anak Pilot QZ8501 Redha Jenazah Bapa Tidak Ditemui

24/03/2015
0

ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25, redha dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd