• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: 4 Pegawai Trafik Udara Surabaya Dibuang Kerja

oleh
08/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURABAYA – Pihak berkuasa Indonesia hari ini melucut jawatan empat pegawai pusat kawalan trafik udara (ATC) Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini kerana cuai ketika menjalankan tugas mereka, lapor portal berita tempatan, Detik.com

Tindakan terbaharu itu adalah susulan langkah tegas penggantungan tugas semua pegawai daripada agensi penerbangan awam yang bekerja ketika hari nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan hilang pada pagi 28 Disember tahun lalu.

Laporan itu menyatakan, kesalahan pegawai ATC terbabit ialah gagal memeriksa jadual musim panas bagi AirAsia yang membolehkan syarikat itu cuma melakukan penerbangan di laluan Surabaya-Singapura pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Mereka sebaliknya telah menggunakan jadual baharu musim sejuk yang belum diluluskan pihak berkuasa Indonesia bagi membolehkan syarikat tambang rendah berkenaan untuk melakukan penerbangan pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Laporan turut mendedahkan bahawa tiada keganjilan dikesan pada jadual penerbangan lain yang berlepas dari Surabaya susulan semakan secara menyeluruh terhadap semua operasi lapangan terbang kedua sibuk di Indonesia selepas Jakarta itu.

Juanda yang dibuka operasi sejak 1964 lalu kini mengendalikan 400 penerbangan setiap hari dengan mencecah lebih 17 juta penumpang setahun berbanding kapasiti ideal terminal hanya untuk menampung enam juta penumpang setiap tahun.

Dilaporkan sistem radar pusat ATC Juanda cuma mampu memantau 21 buah pesawat dalam masa sejam, namun ketika waktu puncak, mereka terpaksa mengurus kira-kira 45 buah pesawat sama ada mahu berlepas atau mendarat setiap jam.

Lapangan terbang itu yang diselia firma pengurusan lapangan terbang milik pemerintah, PT Angkasa Pura I ialah hab udara bagi syarikat penerbangan kebangsaan Garuda selain operator tambang rendah tempatan Lion Air, Citilink dan AirAsia Indonesia.

Syarikat lain yang berulang-alik ke Juanda ialah Airfast, Batik Air, Cathay Pacific, China Airlines, Eva Air, Express Air, Jetstar Asia, Kal Star, Nam Air, Royal Brunei, Saudia, SilkAir, Singapore Airlines, Sriwijaya Air, TigerAir, Trigana dan WingsAir. – Agensi

Tags: AirAsiaIndonesiaJuandaSurabayatrafikudara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd