• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Kembali Pulih Di Kampung Muanad Beluran

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Seramai 272 penduduk di Kampung Muanad 1 dan 2 kini boleh menarik nafas lega apabila bekalan air yang terputus sejak 10 hari lepas kini kembali pulih.

Ia berikutan kerja pembaikan paip pecah di kawasan berhampiran Pekan Beluran telah dapat disiapkan hari ini.

Pegawai Jabatan Bekalan Air Beluran, Richard Lee berkata faktor yang menyebabkan paip pecah di bawah tanah adalah berpunca daripada pergerakan tanah.

“Kami bertungkus lumus selama tiga hari pertama untuk menggali tanah sedalam sati meter dan kami mengambil keputusan untuk membuat lencongan paip baharu sepanjang 70 meter, ” katanya ketika ditemui ketika lawatan Anggota Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di kawasan paip pecah itu.

Katanya, pembinaan lencongan paip yang baharu merupakan pembinaan kecemasan yang terpaksa dilakukan untuk membantu penduduk kampung Muanad meneruskan aktiviti harian mereka.

Dalam pada itu, Ronald berkata beliau memahami akan kesulitan yang dialami penduduk kampung disebabkan paip pecah dan kerja pembaikan mengambil masa.

Katanya, pihaknya turut membantu menghantar bekalan air menggunakan lori dan bantuan daripada Majlis Daerah Beluran kepada penduduk di kampung terlibat.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Muanad 1, Tijah Pelatung, 42, berkata ketika tiada bekalan air, beliau dan sembilan anaknya menghadapi kesukaran melakukan aktiviti harian di rumah.

Katanya, mereka terpaksa mengambil sumber bekalan air dari sebuah perigi berhampiran untuk aktiviti harian.

Menurutnya untuk memasak menggunakan air minuman yang dibeli. – BERNAMA

Tags: bekalan air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd