• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek RTS Disegera Selepas Diperkenan Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — Kerajaan negeri Johor mahu Projek Sistem Transit Rapid (RTS), yang menghubungkan Woodland, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru, dimulakan segera berikutan jajaran dan reka bentuknya sudah diperkenankan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkenan daripada Sultan Ibrahim harus menjadi asas kepada Malaysia dan Singapura untuk berbincang selepas mempunyai kepastian terhadap projek terbabit.

“Kita mengalu-alukan. Maknanya, apabila sudah ada kepastian mengenai jajaran dan reka bentuk, ia patut menjadi asas kepada kedua-dua negara untuk bincang.

“Kerajaan negeri mahu projek RTS itu dilaksanakan segera kerana ia boleh membantu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. Saya difahamkan sekali RTS lalu, ia boleh membawa beberapa ribu penumpang. Jadi, Johor Bahru memang memerlukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dekat sini, hari ini.

Mohamed Khaled mengulas kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam bahawa Sultan Ibrahim sudahpun memberi perkenan bagi pembinaan jajaran jambatan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) setinggi 25 meter yang akan merentasi Selat Johor secara lurus menghubungkan Woodland ke Bukit Chagar.

Baginda memberi perkenan itu ketika menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah bersama-sama pegawai-pegawai kanannya di Istana Bukit Pelangi di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk landasan RTS yang melengkung selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.

Justeru itu, baginda meminta agar reka bentuk itu dikaji semula dan mengambil kira penjajaran yang lurus.

Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai alternatif kepada 80,000 hingga 100,000 pengguna Tambak Johor setiap hari.

Apabila siap, RTS mampu menampung pergerakan sehingga 10,000 penumpang setiap jam antara dua stesen di Woodlands dan Bukit Chagar. — BERNAMA

Tags: RTS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Sedia Serah Tanah Di Bukit Chagar

04/05/2019
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor sedia menyerahkan tanah milik Baginda di Bukit Chagar di sini tanpa sebarang kos sekiranya tanah...

RTS: Sultan Johor Dibayar Jika Sah Tanah Milik Baginda

04/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar pampasan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekiranya dua plot tanah di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd