• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Batal AP Syarikat Gagal Patuhi Peraturan

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membatalkan dengan serta-merta kelulusan permit (AP) syarikat-syarikat yang gagal mematuhi peraturan pengimportan sisa plastik, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mendapati beberapa syarikat telah melanggar peraturan tersebut dengan membawa masuk sisa pepejal selain yang dibenarkan kerajaan.

Katanya sebanyak 400,000 tan sisa plastik dibawa masuk ke Malaysia dalam setahun, sekali gus membebankan negara dengan lambakan sisa pepejal.

“Baru- baru ini, terdapat 40 kontena ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana membawa sisa pepejal tidak sepatutnya.

“Jangan jadikan Malaysia sebagai tempat pelupusan sampah. Janganlah ambil kesempatan daripada peraturan itu semata-mata kerana mahu mengaut keuntungan. Kita tidak boleh maafkan perbuatan ini,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kitar Semula Kebangsaan di sini, hari ini.

Noh berkata Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah diarahkan melihat semula pemberian AP kepada 149 syarikat yang dibenarkan mengimport sisa plastik dari negara luar termasuk China, Hong Kong dan Singapura.

Beliau berkata jabatan itu juga sedang memperketat dan mengemas kini Peraturan Pengimportan Sisa Plastik secara rapi bagi memastikan undang-undang tersebut berkesan mengawal kemasukan sisa yang tidak dibenarkan.

“Peraturan baharu ini mungkin menyiasat sumber sisa plastik dari kilang mana dan batalkan lesen jika menipu,” katanya.

Terdahulu, Noh dalam ucapan perasmiannya, berkata Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan memperluaskan kempen kitar semula di seluruh negara khususnya menerusi iklan-iklan di lif kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan kediaman kos rumah.

“Kerajaan mengambil pendekatan negara maju seperti Sweden dan Jepun bagi menggalakkan orang ramai menjana keuntungan dari sumber barangan kitar semula,” katanya sambil memberitahu ia adalah usaha berterusan bagi mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan pembudayaan kitar semula dalam kehidupan seharian. — BERNAMA

Tags: Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd