• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Xiomi Buka Kedai Di Moscow 24 Jam Pertama Dunia

oleh
19/11/2017
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Gergasi gajet pintar terbesar China, Xiaomi mula melebarkan sayap ke pasaran Eropah dan selepas berjaya di Sepanyol, ia mencetuskan fenomena apabila membuka cawangan di Rusia.

Menurut media antarabangsa, cawangan Mi Store terbaharu yang dibuka kelmarin itu juga mencipta rekod unik tersendiri apabila beroperasi 24 jam setiap hari sekali gus kedai peranti elektronik pertama seumpamanya di dunia

Terletak di Tverskaya Street di pusat bandar raya Moscow, ia membolehkan jutaan pelanggannya selain warga asing dapat membeli-belah produk Xiomi sepanjang masa tanpa henti selepas waktu pejabat termasuk hari cuti umum.

Bahkan, lokasinya strategik digemari pelancong beragama Islam dari rantau Asia Barat dan Asia Tenggara kerana cuma terletak lima kilometer dari mercu tanda ikonik, Masjid Cathedral, yang merupakan masjid terbesar di Rusia.

Berkapasiti 10,000 jemaah, masjid kedua terbesar Eropah selepas Masjid Agung Rom, Itali itu dirasmikan Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada 2015.

Justeru, pelancaran gedung terkini Mi Store di sini yang dibuka 24 jam menjadi antara tarikan baharu menjelang Rusia bersiap sedia menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak berprestij Piala Dunia FIFA 2018 pada tahun depan.

Sebelum ini, produk Xiaomi sudah menembusi pasaran Rusia sejak April lalu melalui pengedar tunggal tempatan yang dikenali sebagai RDC dan ia turut mempunyai enam cawangan jualan sendiri di seluruh negara tersebut.

Bersempena dengan pembukaan Mi Store berkenaan, Xiaomi turut mempromosikan beberapa produk baharunya termasuk Mi Mix 2, Mi Note 2 dan Redmi 4K dengan tawaran potongan harga istimewa sebanyak 20 peratus.

Xiomi yang ditubuhkan pada 2010 lalu, merupakan pengeluar telefon pintar ketiga terbesar dunia selepas Samsung dari Korea Selatan dan Apple dari Amerika Syarikat dengan merekodkan jualan lebih 60 juta unit setahun.

Ia ketika ini memiliki 10,000 pekerja serta sejumlah 220 cawangan Mi Store di China selain mempunyai pasaran di Afrika Selatan, India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: appleSamsungXiomi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh 3 Beranak: Imigresen Ketat Sempadan

Next Post

Rizalman Perjelas Fesyen Pelik Kerudung Izara Aishah

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

01/06/2023
0

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) menggunakan telefon pintar Apple. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Rizalman Perjelas Fesyen Pelik Kerudung Izara Aishah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd