• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuit Hati Ucapan Proton Atas Kelahiran ‘Adik Baru’

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELANCARAN model terbaharu Myvi nampaknya mencatatkan fenomena tersendiri dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lihat sahaja di mana-mana, ramai yang mulai berbicara mengenai kehebatan kereta yang mendapat sentuhan rekaan anak tempatan ini.

Untuk kenderaan di bawah segmen B, harganya adalah begitu berbaloi di samping mempunyai pelbagai ciri-ciri kelengkapan canggih setara dengan model jenama lain.

Maka tidak hairanlah sejak dibuka pra-tempahan pada 9 November lalu, ia telah mencatatkan lebih 5,000 unit tempahan dalam masa 48 jam.

Begitulah antara penangan yang sukar dinafikan lagi terhadap jenama kereta kompak kegemaran rakyat Malaysia ini.

Namun bagaimana pula agaknya reaksi ‘saudara’ kepada Perodua, iaitu siapa lagi kalau bukan Proton. Adakah jenama pengeluar kenderaan tempatan itu tercabar dengan pengeluaran Myvi terbaharu?

Tunggu dahulu, rupanya mereka mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan tahniah kepada pelancaran Myvi.

Menerusi laman Facebook Proton Cars, ucapan tahniah atas kelahiran ‘adik baru’ diucapkan Proton dan pada waktu masa sama, menawarkan promosi Proton Iriz dengan tawaran hebat.

“Kami ingin raikan kelahiran adik baru dengan menawarkan tawaran yang hebat. Kunjungi pusat jualan Proton yang terdekat hari ini,” tulis Proton di pautan bergambar yang dimuat naik pada Khamis.

Memang agak mencuit hati sebenarnya ucapan ini. Malah, Proton dilihat menawarkan promosi ‘kaw-kaw punya’ dan yang untungnya sudah semestinya kepada pengguna sendiri.

Di ruangan komen, netizen turut memberikan komen positif dan mereka nampaknya menyatakan rasa kesetiaan kepada kereta nasional ini.

“Sudah semestinya Proton mempunyai handling yang lebih stabil berbanding Perodua,” Kata Azizi Azhari.

“Maaf cakap, kebanyakkan features yang ada pada Myvi sebenarnya dah ada pada Iriz tapi cara marketing Proton tak sampai pada masyarakat,” tulis Fe’daus Aizam.

“Ramai orang ambil kereta design cantik apa segala. Bagi saya, saya lebih suka kereta tahan lasak dan safety kuat seperti Iriz. Btw Proton more better then Perodua,” tulis Andy Alexandria.

Apa pendapat anda? Bagi kami kedua-dua pengeluar jenama tempatan ini mempunyai keunikan dan kelebihan masing-masing dan pada masa sama melahirkan persaingan secara sihat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Perodua MyviProtonProton Iriz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd