• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Greenbeats Papar Kisah Sebenar Kehidupan Nyanyian

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia muzik memberi ilham kepada penyanyi Shafik Roslan, 36, untuk menubuhkan kumpulan dikenali sebagai “The Greenbeats” yang menampilkan lirik lagu berdasarkan kisah sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian.

Berkongsi pengalamannya sewaktu mula menjinakkan diri dalam dunia hiburan pada 1999, Shafik berkata sebelum ini beliau hanya menyanyi secara sambilan sebelum tercetusnya idea untuk menubuhkan kumpulan itu sejak Mei lalu bersama tiga anggota lain.

“Sebelum ada kumpulan ini (The Greenbeats), saya ada hasilkan lima buah lagu tetapi rasa macam kosong, saya nak buat persembahan tetapi kalau buat persembahan mesti ada ‘band’, jadi saya pun panggil kawan-kawan dan mereka pun setuju untuk bersama.

“Lirik dan lagu sehingga membuat rakaman, saya buat sendiri dengan dibantu anggota kumpulan lain akhirnya terhasillah mini album ini,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Nine 11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini hari ini.

Shafik berkata kumpulan itu membawakan muzik genre rock alternatif dan rock & roll.

Katanya lima buah lagu dalam mini album yang berjudul “Berkata-kata Memang Senang” itu sesuai untuk didengar oleh setiap lapisan masyarakat.

“Sekarang kami sudah ada mini album, untuk perancangan masa depan kami sedang menghasilkan ‘single’, dan berharap akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Anggota lain The Greenbeats ialah Jamury Osman, 38, (gitar); Redzuan Rasat, 36, (bass); dan Faisol Hashim, 33, (dram) yang kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, Redzuan berkata pemilihan nama kumpulan itu bersesuaian dengan irama lagu kumpulan berkenaan agar sentiasa segar sepanjang masa dan dapat membawa kembali pendengar mengimbas kembali kenangan lalu.

Katanya nama kumpulan itu penting agar terus diingati pendengar walaupun telah melalui peredaran zaman. – BERNAMA

Tags: The Greenbeats
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd