• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian

oleh
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Lupa di mana letak kereta di tempat parkir mungkin sering dialami banyak orang namun, lupa ekstrem ini menyebabkan seorang lelaki di Jerman menyangka kenderaannya hilang dicuri.

Dia selepas itu memutuskan untuk membuat satu laporan di sebuah balai polis berhampiran. Ironi 20 tahun kemudian, pihak berkuasa Frankfurt dekat sini mendapati lelaki itu hanya lupa di mana dia letak keretanya.

Menurut laporan media tempatan semalam, kenderaan milik warga emas berusia 76 tahun itu akhirnya dijumpai di sebuah garaj, dalam sebuah bangunan industri lama yang akan diruntuh untuk projek pembangunan semula.

Pihak polis pada mulanya menyiasat siapakah pemilik kereta tersebut setelah satu laporan menyebut ada sebuah kenderaan lama didapati sudah terbiar di kawasan kilang yang akan dirobohkan pemaju dalam masa terdekat.

Menurut akhbar setempat, Augsberger Allgemein, polis akhirnya berjaya menemui pemilik kereta buruk itu dengan keretanya tetapi malang kenderaan tersebut tidak dapat berfungsi lagi dan mungkin perlu dilupuskan begitu sahaja.

Ini merupakan insiden kedua yang dilaporkan di Jerman selepas seorang lelaki dipertemukan kembali dengan keretanya akibat terlupa setelah dua tahun sebenarnya masih lagi berada di sebuah kawasan parkir awam.

Dia sebelum itu buat laporan polis dan kenderaannya lengkap dengan wang tunai 40,000 euro miliknya langsung tidak diusik. Ia selamat dijumpai kembali empat kilometer dari tempat lelaki tersebut menyangka telah meletaknya.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki berasal dari Scotland juga mendakwa kehilangan keretanya setelah menghadiri sebuah pertunjukan di Manchester. Dia malah mencarinya selama lima hari, sebelum akhirnya berputus asa.

Dia turut menghubungi pihak majlis tempatan dan kemudian melaporkan kepada polis sebagai kes curi. Lucunya enam bulan kemudian, dia menjumpai semula keretanya di parkir awam, tempat dia pernah meninggalkannya.

Malangnya, lelaki berkenaan dikenakan hukuman denda kerana kesalahan parkir selama enam bulan di kawasan tersebut yang dianggarkan berjumlah 5,000 pound sterling. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jerman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

24/08/2024
0

BERLIN - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di bandar Solingen, barat Jerman, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd