• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKS Perlu Teroka Permintaan Peranti Luar Negara

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meneroka permintaan untuk peranti perubatan yang semakin meningkat dari luar negara, terutama ASEAN.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata pada 2016, eksport peranti perubatan Malaysia mencecah RM15.84 bilion manakala import sebanyak RM4.54 bilion.

Beliau berkata Malaysia mencatatkan lebihan dagangan yang sihat dalam kategori peroduk, dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh sektor perubatan yang boleh digunakan.

.Ahmad memuji keupayaan pengeluar peralatan perubatan Malaysia, terutama Bumiputera yang menembusi pasaran global.

Destinasi utama eksport bagi peranti perubatan Malaysia ialah Amerika Syarikat, Jerman, Belgium, Jepun dan Singapura yang secara kolektif menyumbang 60 peratus daripada jumlah eksport negara dalam kategori itu, katanya kepada pemberita selepas melawat kilang, gudang dan pejabat Foresight Industries Sdn Bhd di Puncak Alam di sini hari ini.

Syarikat Bumiputera itu menghasilkan peranti perubatan pakai buang.

Ahmad menyifatkan peningkatan eksport didorong oleh kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan disebabkan bilangan penduduk yang semakin tua, yang seteruskan menjana pertumbuhan mantap sektor perubatan pada masa depan.

“Dalam sektor perubatan, pica gari, jarum dan kateter dijangkakan menyumbang sebahagian besar penggunaan,” katanya.

Mengenai Foresight Industries, Ahmad berkata syarikat itu berada di barisan hadapan mengeksport peranti perubatan, dengan membekalkan produk ke Indonesia, Brunei dan Singapura, serta memperoleh pelbagai kontrak kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Foresight Industries, Zulkifli Ismail berkata syarikat itu menjangkakan memperoleh pendapatan lebih RM60 juta tahun depan, disokong oleh pertumbuhan perniagaan anak-anak syarikatnya.

Syarikat itu menjangkakan dapat membekalkan sekurang-kurangnya 50 alat perubatan ke hospital kerajaan dalam tempoh tiga tahun akan datang berbanding 20 tahun ini, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Maslan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SST: Kalau Rakyat Tahu Awal…

02/09/2018
0

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan PH tidak akan memenangi PRU14 sekiranya rakyat menyedari...

Ibu Ahmad Maslan Meninggal Dunia

24/04/2018
0

JOHOR BAHRU – Ibu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan, Aminah Sabran, meninggal dunia di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd