• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Pastikan Tiada Sebarang Insiden Keganasan

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Rusia akan mengambil semua langkah perlu untuk mencegah serangan pengganas dan tindakan ganas, sepanjang berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2018, lapor agensi berita TASS Rusia.

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan semua pemain dan peminat merasa selesa serta selamat ketika berada di Rusia,” kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dalam temu bual dengan Mexico Excelsior pada Jumaat.

Berikutan itu, katanya sebuah pejabat operasi ditubuhkan, bagi menyelaras usaha pencegahan oleh agensi keselamatan.

Menurutnya, perhatian serius juga diberikan kepada masalah tindakan ganas penyokong.

“Bagi meminimumkan risiko, Rusia menjalin kerjasama erat dengan rakan dari negara luar,” katanya.

Piala Dunia FIFA 2018 akan diadakan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018, di 11 bandar raya iaitu Moscow, St.

Petersburg, Kazan, Nizhny Novgorod, Saransk, Kaliningrad, Volgograd, Yekaterinburg, Samara, Sochi dan Rostov-on-Don.

Antara negara yang layak menyertai Piala Dunia 2018, selain tuan rumah Rusia ialah Belgium, Jerman, England, Sepanyol, Poland, Iceland, Serbia, Perancis, Portugal, Switzerland, Sweden, Croatia dan Denmark (Eropah).

Negara lain, Brazil, Uruguay, Colombia dan Argentina (Amerika Selatan); Mexico, Costa Rica dan Panama (Amerika Utara); Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi (Asia); Nigeria, Mesir, Maghribi, Tunisia dan Senegal (Afrika).

Bagaimanapun, kejohanan kali ini, menyaksikan ketiadaan Itali, yang gagal layak buat kali pertama sejak 1958. Turut gagal menempah tiket ke kejohanan berprestij itu ialah Belanda, Amerika Syarikat dan Chile.

Peru muncul pasukan terakhir mengesahkan tempat selepas menundukkan New Zealand 2-0.

Undian untuk menentukan kedudukan pasukan yang bertanding akan diadakan pada 1 Disember. – BERNAMA

Tags: Insiden Keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Tembakan, Perancis Tingkat Keselamatan Maksimum

12/12/2018
0

PERANCIS kini dalam keadaan berwaspada maksimum ekoran kejadian tembakan di sebuah pasar Krismas di Strasbourg, bandar di utara. Tiga orang...

30,000 Protes Keganasan Terhadap Wanita Di Israel

05/12/2018
0

LEBIH 30,000 orang mengambil bahagian dalam protes terhadap keganasan terhadap wanita di Dataran Rabin di Tel Aviv semalam. Jalan-jalan ditutup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd