• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

44 PKS Sertai Program Sirim-Fraunhofer

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sirim Bhd hari ini memberi penghargaan kepada 44 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di atas penglibatan mereka dalam Program SIRIM-Fraunhofer bagi meningkatkan produktiviti serta ekonomi perusahaan mereka.

Antara syarikat-syarikat itu ialah Global Factor Sdn Bhd, Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd, Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd, Now Foods Sdn Bhd, SI Acoustic Sdn Bhd, Quantum Electro Opto System Sdn Bhd dan Nubex Sdn Bhd.

Mereka terdiri daripada usahawan pelbagai industri seperti elektrikal dan elektronik, bahan pembungkusan, pemesinan dan kejuruteraan, bioteknologi, makanan dan minuman, produk kesihatan serta pelabelan dan pembungkusan, katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Program SIRIM-Fraunhofer turut menyediakan geran bagi pelaksanaan Audit Teknologi serta projek intervensi teknologi dan inovasi untuk menangani isu-isu yang mengekang peningkatan produktiviti syarikat.

“Sehingga kini sebanyak 487 syarikat pembuatan telah menyertai Audit Teknologi dan 129 PKS terlibat dalam pelbagai projek aplikasi teknologi serta inovasi seperti mekanisasi dan automasi serta pembangunan produk,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Program SIRIM-Fraunhofer ialah kerjasama antara Sirim, sebuah sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Fraunhofer Institute dari Jerman.

Ia dimulakan pada 2015 bagi memberi penekanan kepada pengenalpastian masalah PKS melalui Audit Teknologi dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dikenal pasti menerusi perkhidmatan teknologi dan inovasi. – BERNAMA

Tags: Program Sirim-Fraunhofer
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd