• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makan Laju Risiko Sakit Jantung, Strok, Diabetes

oleh Ahmad Albab
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Cara seseorang itu makan, laju atau perlahan, boleh menentukan sama ada individu berkenaan berisiko menghidap penyakit jantung, strok dan diabetes, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

Menurut satu penyelidikan awal, makan dan kunyah secara perlahan, membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolesterol tidak normal.

Sebaliknya, makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik, yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.

Menurut penyelidikan yang dikemukakan di simposium American Heart Association Scientific Sessions 2017, makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan.

Satu pasukan dari Universiti Hiroshima, Jepun menjalankan kajian terhadap 642 lelaki dan 441 wanita, dengan usia purata 51.2 tahun, tiada yang mempunyai sindrom metabolik, pada 2008.

Mereka dibahagikan kepada tiga kategori, berdasarkan kepada cara mereka menjelaskan bagaimana mereka makan iaitu lambat, biasa atau cepat.

Kajian mendapati makan dengan laju iaitu sebanyak 11.6 peratus, lebih cenderung mengalami sindrom metabolik, berbanding makan secara biasa (6.5 peratus) dan perlahan (2.3 peratus).

Makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.

Selain itu, mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan.

Sementara, mereka yang mengunyah makanan atau makan dengan cepat, cenderung tidak berasa kenyang dan akan makan lebih banyak. – BERNAMA

Tags: diabetes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd