• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Berisiko Terlibat Gejala Negatif Perlu Sokongan

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Remaja yang berisiko terlibat aktiviti negatif memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat untuk merealisasikan potensi diri dan menjadi warga yang memberikan sumbangan positif kepada negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, proses pendewasaan remaja adalah satu cabaran yang kompleks dan tiada jalan mudah untuk menjamin pembangunan belia yang akan menghasilkan kesan positif.

“Kita lihat senario yang berlaku hari ini, ramai remaja yang terlibat dalam kancah kehidupan tidak sihat, ada yang jadi mat rempit, mengambil dadah, menjadi gangster dan pengacau masyarakat … mereka seolah-olah hidup tanpa pedoman dan tersasar jauh daripada jalan yang benar.

“Kepada ibu bapa dan anggota masyarakat sekalian, sesungguhnya anak-anak kita memerlukan pedoman serta bimbingan, khususnya ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan awal jati diri belia yang baik dan mantap,” katanya.

Beliau berucap pada majlis penutup Kem PERKASA Remaja siri lima hingga lapan 2014 melibatkan 30 peserta, di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, Selasa.

Rosmah yang juga penaung Kem PERKASA Remaja berkata beliau mendapat ilham melaksanakan program itu setelah menyedari aktiviti rempit melibatkan remaja turut mengganggu kehidupan masyarakat setempat.

“Saya dan suami saya kadang-kadang tak dapat tidur bila dengar bunyi motosikal merempit pukul 2 pagi, lama pula tu, jadi saya fikir ‘Mat Rempit’ ini perlu diberi bimbingan.

“Selepas berbincang dengan pihak polis, pada masa itu ada kira-kira 30,000 ‘Mat Rempit’ di seluruh negara dan dengan kerjasama polis kita berjaya adakan program ini,” katanya.

Sejak dilaksanakan pada 2010, lebih 200 peserta telah menyertai Kem PERKASA Remaja dengan sebahagian daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan, antaranya menjadi chef, fasilitator di Outward Bound School dan berniaga kecil-kecilan.

Sementara itu, seorang peserta Mahyu Zulkafli, 17, berkata beliau mendapat semangat baharu untuk berbakti kepada keluarga selepas mengikuti program itu walaupun pada asalnya menyertainya kerana mengikut rakan.

“Dulu saya suka melepak waktu malam, tapi lepas ni saya nak berubah dan ikut cakap mak ayah,” katanya.

Muhd Noriman Maslan, 18, pula bertekad untuk menyambung pelajaran serta melupakan aktiviti merempit dan melepak pada waktu malam yang sering dilakukan sebelum ini.

“Saya masuk program ni sebab memang saya nak berubah dan sekarang Alhamdulillah saya tak macam dulu lagi, solat lima waktu sehari pun cukup,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=horp5L14Jv4

Tags: remajaRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd