• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Kereta Secara Sambung Bayar Boleh Kena Tindakan

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan pemilik memajak kereta kepada pihak ketiga termasuk menjual secara sambung bayar tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pihak bank adalah melanggar peruntukan Akta Sewa Beli 1967 dan boleh dikenakan tindakan.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis bertarikh 15 November yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini berkata perbuatan itu juga menimbulkan masalah yang menyebabkan penama kenderaan berkenaan disenarai hitam oleh pihak bank.

“Kementerian sedar wujudnya kes sambung bayar kereta sebagai jalan penyelesaian pemilik kereta yang tidak berkemampuan untuk membayar ansuran bulanan kepada bank.

“Begitu juga tindakan pemilik kereta membuat pajakan kereta kepada syarikat tertentu untuk tujuan mendapatkan pulangan kewangan daripada kereta yang dipajak.

“Masalah berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau dipajak ini tidak dibayar sewa bulanan kepada pihak bank,” kata kementerian itu bagi menjawab soalan lisan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Beliau bertanya mengenai skim penipuan sambung bayar kenderaan. Menurut kementerian, kes-kes sedemikian tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri.

Ini termasuk berdasarkan Seksyen 378 Kanun Keseksaan tetapi jika terdapat unsur penipuan, siasatan polis akan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atau akta lain. – BERNAMA

Tags: memajak kereta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd