• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cedera Dilibas Pisau Wanita Mengamuk

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki menerima 22 jahitan di pipi kiri selepas cedera dilibas pisau pemotong sayur oleh seorang wanita yang mengamuk di hadapan rumahnya di Bagan Utara, Tanjung Piandang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Lee Guan Siang, 48, cedera ketika cuba menenangkan wanita itu yang sedang mengamuk dan mengacukan sebilah pisau terhadap dua beranak di hadapan rumahnya.

“Ketika itu saya sedang berehat di dalam rumah terkejut apabila mendengar suara wanita meminta tolong di hadapan pagar rumah. Sewaktu keluar untuk memeriksa, sepasang ibu dan anak berada dalam keadaan cemas diacu sebilah pisau oleh wanita itu ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Lee berkata ketika cuba menghampiri wanita yang mengamuk itu untuk mendapatkan pisau di tangannya, wanita itu tiba-tiba melibas pisau sehingga terkena bahagian kiri mukanya dan dia mendapatkan rawatan di Island Hospital di Pulau Pinang dan menerima 22 jahitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakthiar Yaacob berkata wanita mengamuk berusia 20-an itu dipercayai menghadapi masalah mental dan telah diserahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan. – BERNAMA

Tags: mengamuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

07/08/2023
0

KLANG – Gara-gara ditegur agar tidak meninggalkan anaknya dalam pasar raya membuatkan seorang wanita dipercayai kurang siuman mengamuk kepada pengawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd